Follow us for faster update on what's new and hot!

Preview

get this widget here

Saturday, 10 July 2010

Kawasan penyewaan novel terbaharu

Berikut ialah senarai kawasan baharu yang mempunyai khidmat penyewaan novel daripada Novel Kafe:

1. Bandar Sri Permaisuri
2. Taman Mulia, Flat Sri Kota, Flat Sri Labuan (Bandar Tun Razak)
4. Sekitar MITI, LHDN (Jalan Duta)

Kawasan lain akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

******

Penghantaran buku/novel terus ke rumah akan dibuat selepas waktu pejabat iaitu dari pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam. Anda akan dimaklumkan mengenai kunjungan kami.

Tuesday, 6 July 2010

Perkhidmatan penyewaan novel

Buat masa ini, perkhidmatan penyewaan novel terhad di sekitar Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sungai Long, Taman Rakan, Setiawangsa, Keramat dan kawasan yang berhampiran dengannya. Setiap peminjam perlu mendaftar sebagai ahli. Yuran keahlian ialah RM5.00 sekali sahaja.


Prosedur/syarat-syarat pinjaman:
1. Buat pesanan pinjaman (jika buku yang hendak dipinjam tiada dalam stok, kami akan mendapatkannya untuk anda)
2. Daftar keahlian (jika belum)
3. Isikan borang pinjaman (yang akan diberikan menerusi emel ataupun bersemuka)
4. Pembaca dikehendaki membayar harga buku sebagai deposit
5. Tempoh pinjaman ialah selama 14 hari. Lanjutan tempoh pinjaman akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00 sehari.
6. Apabila buku dipulangkan, pembaca akan mendapat kembali deposit yang ditolak caj pinjaman sebanyak RM5.00. Contohnya: Harga buku RM19.90 perlu dibayar oleh pembaca sewaktu buku diambil. Pembaca akan memperoleh semula RM14.90 selepas buku dipulangkan
7. Sekiranya buku yang dipulangkan rosak (terkoyak, kotor dan apa-apa kecacatan yang menyebabkan kualitinya terjejas), pembaca akan dikenakan penalti sebanyak 50% daripada harga buku ataupun pembaca membeli buku itu daripada kami.

Saturday, 3 July 2010

Kasih Yang Tak Pasti~Izza Aripin (KARNADYA)

KASIH YANG TAK PASTI~IZZA ARIPIN
Penerbit: Karnadya Solutions
Harga: MYR17.00
ISBN: 9789675367304
Tahun: 2009

Buku ini menghimpunkan sebanyak tujuh koleksi novel pendek (nopen) atau kisah-kisah menarik termasuk sambungan nopen "Cinta Terakhir" yang pernah dimuatkan dalam Biarlah Ku Sendiri. Ketahui kesudahan kisah cinta antara Kay dan Shah dalam "Cinta Terakhir II". Turut dipaparkan ialah dua kisah fantasi dan sains fiksyen yang membawa pembaca mengembara ke dunia dan masa yang berbeza. Dalam "Cendana Petualang Merah", anda dibawa mengembara ke alam selari yang mengamalkan hukum karma. "Tiara Dayana" pula memaparkan kisah penyiasatan dan perisikan pada masa hadapan. Ikuti pencarian Shazrynn dan rakan-rakannya dalam "Kasih Yang Tak Pasti". Nopen tiga berangkai "Cupido I, II, dan III" menyingkap kisah empat watak yang akhirnya bersimpul dalam suasana yang tidak terduga.

Friday, 2 July 2010

Kerana Dia Cinta~Izza Aripin (KAKI NOVEL)

KERANA DIA CINTA~IZZA ARIPIN
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: MYR18.00
ISBN: 9789834255275
Tahun: 2007
Halaman: 481

Cinta itu anugerah-Nya…
Jangan ada benci antara kita…


Kerana Dia Cinta…kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban, Dena rela bermusuhan dan Rezman percaya pada cinta…


Kerana Dia Cinta…kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta, Fahrein berjaya mencapai cita-citanya dan Zeek menemui cinta sejatinya…


Kerana Dia Cinta…kerana Allah, Nurjia Amani temui cinta abadi…

Dan Mimpi Pun Bersatu~Izza Aripin (KAKI NOVEL)

DAN MIMPI PUN BERSATU~IZZA ARIPIN
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM 21.00/RM24.00
ISBN: 983-42552-2-5
Tahun: 2006
Halaman: 585

Anne
Cinta pertama sewaktu zaman remaja yg terputus di pertengahan jalan bersambung semula selepas lapan tahun berlalu. Lantas dia mengharapkan peluang kedua itu berakhir dengan kegembiraan. Malangnya fitnah yang berakhir dengan tragedi meragut segala kebahagiaan yg diimpikan. Dia mangsa pergolakan politik dan perebutan takhta.


Tengku Iskandar
Kematian bonda dan kekanda tercinta menjadikan dia pendendam. Misi mencari dalang yang ingin menghapuskan seluruh keturunannya menjadi agenda. Dalam kesungguhannya mencari pengkhianat, dia sendiri mengkhianati cintanya terhadap satu-satunya wanita yang telah memberikan inspirasi dan semangat untuk terus mencari kedamaian.


Ayrin
Akibat trauma yang dihadapi oleh uminya, dia membesar tidak seperti gadis biasa. Sepanjang hidupnya dia tidak kenal sesiapa, tiada saudara mahupun rakan yang berkekalan. Dia seorang pengembara yang mengembara mencari erti kehidupan sehinggalah dia tiba di Millenium Perdana. Buat pertama kalinya, dia temui erti hidup dan bersedia untuk mempertahankannya meskipun mengkhianati uminya sendiri.


Zarul
Hidupnya lengkap dan bahagia. Kasihnya mekar di Millenium Perdana. Namun tanggungjawab kepada keluarga dan negara memaksa dia mengorbankan segala-galanya. Dia terpaksa meninggalkan kehidupan yang dia kenal semata-mata mahu menjalankan tugasnya terhadap satu kehidupan yang begitu asing. Dlm kekeliruan, cinta yg sedang mekar rupa-rupanya tidak pernah jauh daripadanya.

Dari satu daerah bersejarah, lahir seorang srikandi cinta yg mewarisi semangat juang keturunannya. Dari satu kerajaan lahir seorang putera yang mengharapkan kedamaian dan cinta sejati. Mereka dipertemukan di Bentara, lantas memahat satu episod perjalanan yang penuh liku dan ranjau. Sifat manusia yg rakus dengan keduniaan, yang tamak kuasa, yang dahagakan kemewahan melarik kisah mereka ini dalam perjalanan mencari kebenaran. Dan akhirnya mimpi pun bersatu.

Kasih Pun Bersatu~Izza Aripin (KAKI NOVEL)

KASIH PUN BERSATU~IZZA ARIPIN
Harga: RM 24.00/ RM27.00
ISBN: 9789675067341
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tahun: 2009
Halaman: 784

Lanjutan...dan Mimpi Pun Bersatu menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangka cinta monyet. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul menuntut janji, merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya. Zarul hanyut dalam delusi. Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...