Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

Loading...

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Saturday, 3 July 2010

Akan datang daripada PTS

Aku, Dia dan Glamour
Lily Haslina Nasir
Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5783-07-4
ISBN-10: 978-967-5783-07-4
Tarikh Terbit: 12 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 336
Kategori:
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM16.00/18.00

Cuti kali ini memang dinantikan. Cuti kali ini memang ditunggu-tunggu. Zaza dan teman-teman menyangka dia akan menjalani latihan amali sebagai guru pada cuti semestar kali ini. Namun sepucuk surat memberi seribu kejutan buat mereka. Zaza, Puteri Rania, Insyirah dan Khadijah tiba-tiba sahaja ditawarkan menjadi wartawan penyiaran di TV10! Zaza baru sahaja berangan-angan mahu menempah 10 pasang baju kurung untuk dipakai semasa mengajar di sekolah! Tetapi kini dia bakal ke stesyen TV10. Aduh... bukankah itu tempat orang yang glamor-glamor sahaja? Zaza menjadi tidak keruan.
Kemarahan Asyikin dan Maliz pula bagai gunung berapi mahu meletup. Mereka hanya ditawarkan menjadi petugas di Radio 10. Oh, mengapa mesti di radio sahaja! Mengapa Zaza pula harus dipilih ke TV10? Zaza bukan pandai melaram. Zaza bukan tahu berpakaian glamor! Sudahlah bersaiz XL, entah-entah penuh skrin TV10 kalau mahu tayang muka Zaza. Kebencian Asyikin dan Maliz tidak terbendung. Mereka merancang mahu jadi pelajar praktikal yang paling bergaya, yang baju dan kasutnya bling-bling. Biar dari jarak 5 kilometer orang sudah nampak mereka. Biar muka tumbuh jerawat akibat bersolek tebal, itu tidak mengapa... asalkan diri glamor!
Oh, sebenarnya hidup glamor tidak seindah mana! Seksa sebenarnya hidup glamor seperti artis ini! Ada sahaja paparazi mengintai.Pastinya glamor itu hanya menyusahkan!



Puteri di Alam Fantasi
Umi Kalthum
Harga: RM 15 / RM 17
ISBN-13: 978-967-5406-61-4
Tarikh Terbit: 5 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 208
Kategori:
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM14.00/16.00

Juita dan Mayang Sari dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza. Juita seorang gadis kampung manakala Mayang Sari seorang puteri raja. Namun mereka mempunyai persamaan iaitu sikap keras kepala, tidak mendengar nasihat dan pemalas. Mereka secara berasingan ke alam fantasi ketika mengejar seekor arnah putih, Sang Kapas. Di alam fantasi itu, mereka telah berjanji dengan seekor rusa, Sang Rintik dan terpaksa menjalani kehidupan berbeza bagi mengelakkan daripada menerima hukuman. Masalah timbul apabila Juita dan Mayang Sari enggan bekerjasama bagi menyempurnakan janji itu.



Zara Misi Mustahil?
Kusyi Hirdan
Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5406-77-5
Tarikh Terbit: 16 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 288
Kategori:
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM15.00/16.00

Mengisahkan berkenaan watak Zara Tan Sri Zamanis yang berusia sembilan belas tahun. Pelajar yang pandai, lasak, berani dan sedikit tomboy. Dia tidak pernah mengambil PMR kerana malas dan mengulang pada tahun berikutnya. Ini membuatkan usia Zara ketika mengambil SPM pada usia sembilan belas tahun. Zara pernah digelar samseng kerana hidupnya terlalu sosial.
Selepas tamat SPM, Zara meminta kerja sementara di Kolej Elita. Izaz, Pengetua Kolej Elita memberi jawatan penjaga kafe siber. Semua kawannya mahu ke luar negara mengambil short course tetapi Zara tidak mahu pergi ke luar negara dan mahu kekal di Kolej Elita.
Dalam misinya kali ini, Zara bersekongkol dengan Mak Cik Rohana, pekerja kantin bagi menjodohkan Ali dan Izaz. Tetapi dia perlu berlawan dengan Normawar yang mahu menjadikan Izaz sebagai ibu tirinya.
Pada masa yang sama dia perlu bekerjasama dengan Normawar. Adakah misinya berjaya?


Si Kaca Mata
Syima Syawal
Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-5406-75-1
Tarikh Terbit: 9 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori:
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM14.00/16.00

Seman seorang penglipurlara pada kanak-kanak di kampungnya. Dia juga suka meniru gaya Mr. Bean, pelawak yang amat digemarinya. Seman diibarat seorang idola bagi kanak-kanak yang meminati cerita Seman. Perangai lurus bendulnya itu membuatkan rakan sebayanya Nasuha, Param dan Jefri sering mengejeknya seperti orang tidak siuman. Sedangkan pada kanak-kanak di kampung itu, Seman adalah penghibur hati mereka. Namun kedatangan seorang tetamu di rumah Nenek Gayah mendebarkan Seman. Siapakah tetamu itu? Mengapa hingga begitu hebat impaknya kepada Seman?


Putera Fariri dan Buku Resepi Ajaib
Aliff Danial
Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5406-45-4
Tarikh Terbit: 19 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 144
Kategori: Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak, Illustrasi
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM19.00/22.00

Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin. Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.


Puteri Damia
Ida Munira Abu Bakar
Harga: RM 25.90 / RM 28.90
ISBN-13: 978-967-5406-54-6
Tarikh Terbit: 19 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 184
Kategori: Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak, Illustrasi
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM23.00/26.00

Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya.

Landasan Maut
Salleh De Ran
Harga: RM 20 / RM 23
ISBN-13: 978-983-3892-75-4
Tarikh Terbit: 14 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori:
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM18.00/21.00

Jun 1942, Mat Awang bersama empat rakan sekampungnya menjadi buruh paksa Jepun dan dihantar ke Kem Konyu, Siam untuk membina landasan keretapi maut. Mat Awang dan rakannya berusaha melarikan diri tetapi mendapat halangan.Setelah menakluki Malaya, tentera Imperial Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk Siam ke Thanbyuzayat Burma. Mat Awang terpaksa meninggalkan isterinya yang sedang mengandung ke Kem Konyu. Pengalaman pahit, penderitaan dan seksaan yang dilalui Mat Awang, Dollah, Lajis, Wan Ngah, Che Din dan tahanan lain menyebabkan mereka mencari jalan untuk melarikan diri. Komanden Kem Yoshikichi Kasayama mengarahkan pemotongan Bukit Konyu dibuat untuk laluan keretapi. Komander Landasan Keretapi Leftenan Hiroshi Abe terpaksa akur dengan arahan Komanden Yoshikichi Kasayama walaupun mustahil pemotongan Bukit Konyu dapat dilakukan kerana batu pejal dan hanya menggunakan peralatan yang minima. Kerahan kerja siang dan malam dalam tempoh 12 minggu menyebabkan Mat Awang dan rakan-rakannya menderita. s Leftenan Hiroshi Abe simpati dengan tahanan tetapi Leftenan Siichi Okada terlalu kejam dan bengis malah mempunyai agenda untuk menghianati Leftenan Hiroshi Abe ketika kerja meletupkan Bukit Konyu dijalankan. Mat Awang bersama rakannya menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Hiroshi Abe dan berjaya mematahkan niat jahat Leftenan Siichi Okada itu.

Armagedon 29012
Muhammad Alexander
Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 15 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 560
Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah, Islam Umum, Perbandingan Agama
PTS Islamika Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM28.00/31.00

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Negeri 5 Menara
A. Fuadi
Harga: RM 20.00 / RM 22.00
ISBN-13: 978-983-3892-94-5
Tarikh Terbit: 23 Jul 2010
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Bantu Diri, Motivasi, Bukan Fiksyen, Falsafah, Islam, Akidah, Gaya Hidup, Islam Umum, Seni & Budaya, Sufi, Keluarga, Perhubungan, Novel Dewasa, Novel Sosio Budaya
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM18.00/19.00

Seumur hidupnya Alif tidak pernah menginjak tanah di luar ranah Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, main bola di sawah dan mandi air biru di Danau Maninjau. Tiba-tiba dia perlu melintasi selatan Sumatera menuju sebuha desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya mahu Alif menjadi Buya Hamka tetapi dia mahu menjadi Habibie. Dengan setengah hati, dia menurut permintaan ibunya, belajar di pondok.
Pada hari pertama di Pondok Madani (PM), Alif terkesima dengan 'mantera' sakti man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya. Disatukan akibat hukuman tidak menepati masa di asrama, Alif bersahabat dengan Raja, Said, Dulmajid, Atang dan Baso. Di bawah menara masjid, mereka menunggu Maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak ke ufuk. Awan-awan itu menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Ke manakah impian membawa mereka? Mereka tidak tahu. Yang mereka tahu adalah jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.


Aku Bukan Malaikat
Rudy Hirdy
Harga: RM 22 / RM 25
ISBN-13: 978-967-5783-17-3
Tarikh Terbit: 16 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 632
Kategori:
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM20.00/22.00

Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.

Pola hidupnya tidak pernah lari dari pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya.

Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adil. Memberi dugaan pada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keketurunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hamba-Nya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...