Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

Loading...

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Saturday, 3 July 2010

Baru Terbit daripada PTS

Anggun
Asma Nadia
Harga: RM 14.90 / RM 16.90
ISBN-13: 978-967-5564-65-9
Tarikh Terbit: 1 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 240
Kategori: Bantu Diri, Imej
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM13.00/RM15.00

Ayuh remaja, mari kita selidik diri sendiri! Perhatikan senarai di bawah, kita kenal siapa diri kita yang sebenar!


*Adakah peluh menjadikan bau badan kita kurang enak?
*Benarkah jerawat timbul kerana cara kita mencuci muka salah?
*Bagaimanakah bau mulut kita mengganggu komunikasi bersama rakan-rakan?
*Berapa kerapkah kita bergosip dengan menceritakan hal orang lain?
*Mengapakah pakaian kita selalu tidak seiring dengan peribadi diri?
Mahukah kita dilabelkan sekadar cantik luaran sahaja? Bagaimana kita mahu menjadi remaja yang cantik di luar dengan cara berpakaian dan pesona dari dalam dengan peribadi yang terpuji? Miliki buku Imejku... Caraku... Gayaku... Anggun, kita mampu memperbaiki diri supaya kekal cantik luaran dan dalaman yang sentiasa menjadi idaman setiap insan.


Gaun Merah Jambu
Natasha Effyzal, Aizam Aiman, Iman Qaisara, Haryani Kamilan, Adha Ameera
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-5406-56-0
Tarikh Terbit: 27 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 176
Kategori: Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak, Illustrasi
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM22.00/RM25.00

Ikuti kisah Puteri Arabella yang tampil membuat kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya gembira di hari lebaran.

Kali ini Puteri Dian Adelia terpaksa menggayakan gaun merah jambu yang bukan warna kegemarannya. Walaupun begitu, dia bahagia kerana dapat membantu kawan baiknya Izyan menyelesaikan masalahnya.

Hayati kisah Puteri Farisya yang gembira dapat membantu kanak-kanak miskin bergembira di hari raya. Walaupun sibuk dengan membuat kebajikan, dia tidak lupa dirinya sendiri. Gaun merah jambu tetap menjadi pilihan hati.

Selepas pelbagai ujian dilalui, akhirnya Puteri Qaira dapat berkongsi baju raya berwarna merah jambu bersama teman baharunya Rafika.

Puteri Humaira menerima hadiah istimewa bagi dipakai pada hari raya. Gaun merah jambu yang diberikan ayahandanya sungguh bermakna baginya.


Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq
Aliff Danial
Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5406-57-7
Tarikh Terbit: 24 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 144
Kategori: Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak, Illustrasi
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM19.00/RM22.00

Putera Haziq tidak pandai bermain bola sepak. Dia diejek kawan-kawannya di sekolah. Hinggakan dia tidak mahu ke sekolah kerana malu. Salah satu syarat wajib di sekolahnya adalah para pelajar mesti pandai bermain bola sepak. Bagi Putera Haziq peraturan itu sangat kejam. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa walau anak raja sekali pun.

Pada suatu hari, ayahanda Putera Haziq menghadiahkan tiket bola sepak kepadanya. Dengan tiket itu Putera Haziq perlu mengembara ke negara yang lahirnya pemain-pemain handalan seperti Zenedine Zidane, Nakata Hidetoshi, Fernando Tores dan Ji Sung Park. Putera Haziq melalui pelbagai rintangan dan halangan semasa dalam pengembaraannya apabila terpaksa menaiki kereta api gerabak satu dan melalui pokok gergasi yang menjalar. Gula-gula bahasa juga disediakan bagi membolehkan Putera Haziq berinteraksi dengan pemain-pemain handalan yang tidak pandai berbahasa Malaysia.

Selepas berlatih dan mendalami dunia bola sepak dan mengenali rahsia tujuh M (menyepak, menggelecek, memerisai, menghantar, merampas, menanduk, dan menjerat bola), akhirnya Putera Haziq berjaya memperoleh kemahiran menguasai permainan bola sepak. Sekarang dia tahu mengapa pemain bola sepak memakai jersi dan bukan kemeja T biasa. Mengapa juga kadangkala ada pemain mengenakan jersi berlengan panjang. Mengapa ada kad kuning dan kad merah dan sebagainya.

Kehandalan Putera Haziq menjadi bualan rakan-rakannya di sekolah bahkan gurunya juga. Putera Haziq tidak malu lagi ke sekolah. Hanya Putera Haziq dan ayahandanya yang tahu rahsia di sebaliknya.


Sepasang Kasut untuk Sahabat
Arie S
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5783-02-9
ISBN-10: 9675783029
Tarikh Terbit: 21 Jun 2010
Kategori: Remaja
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM13.00/RM14.00

Acara perbarisan sekolah? Serilah jaguhnya! Tetapi pada saat Seri terpilih dalam pertandingan perbarisan, dia bukan bersorak riang tetapi menjadi murung dan sedih. Kenapa? Kerana kasutnya buruk dan berlubang.

Seri berhasrat mahu menarik diri, walaupun dia harapan sekolah dan penduduk kampung.Namun kemudian, Seri dan temannya Lisa, berusaha mencari wang membeli kasut baharu untuk Seri. Tetapi pada waktu wang sudah terkumpul, ada pula dugaan lain yang menghalang langkah Seri....


Chronicle Alam Epsilon
Zulfazlan Jumrah
Harga: RM 13.50 / RM 15.50
ISBN-13: 978-967-5136-56-6
Tarikh Terbit: 28 Jun 2010
Kategori: Novel Dewasa, Novel Fiksyen Sains & Fantasi, Remaja
PTS Fortuna Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM12.00/14.00

Harris Iskandar dan Qistina terdampar di Epsilon, sebuah planet berlangit jingga apabila kenderaan angkasa mereka mengalami komplikasi. Di Epsilon, peperangan di antara Kerajaan Harimau Ais dan puak manusia Lapuerto yang berlaku setiap 100 tahun sekali, bakal meletus. Mereka berdua diramalkan menjadi penyelamat dunia itu. Dengan menunggang helang berkepala singa dan harimau berekor lembing yang selalu berbunyi, "Aum! Aum!" mereka dengan berani menceburkan diri dalam peperangan.



Biarawati Qaseh Puteri
Moh Dat Molok
Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-983-3892-98-3
Tarikh Terbit: 25 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 296
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM15.00/RM17.00

Sejarah tidak pernah tidur dan pahlawan Melayu tidak mudah undur. Manuskrip tua ratusan tahun yang dijumpai oleh Zafiqa di tapak pembinaan di Dataran Pahlawan, Melaka merungkai segala-galanya. 1547 peristiwa bermula. Qaseh Puteri ditawan setelah kampung halamannya digeledah oleh sepasukan soldadu Portugis. Hidup penuh duka nestapa dalam biara di Bukit Melaka. Walaupun tubuhnya dimamah rentap oleh Tuan Besar Keramat Antonio Arantez namun syurga keimanannya tidak pernah luntur.
Dua budaya dalam satu alunan irama perang berpaksi pada Tanah Melayu Melaka. Tun Mahmud mengetuai angkatan perang dari Acheh mencemar duli untuk berjihad fisabilillah menentang kafir Portugis. Ketuanan Melaka mesti dinobatkan semula dengan pepatah: ‘Mayat kita dilangkah atau bangkai musuh kita langkah’.


Angkara Black Metal
Ashadi Zain, Moh Dat Molok
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5136-60-3
Tarikh Terbit: 18 Jun 2010
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Novel Dewasa, Novel Thriller
PTS Fortuna Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM13.00/RM14.00

Semuanya bermula daripada tugasan biasa. Budi Putra wartawan bebas yang diminta menyiasat isu Black Metal di Sungai Petani, Kedah.
Budi Putra merasakan tugasnya itu semakin mudah apabila sudah ada anggota Black metal yang sedia membantu.
Namun, rasa biasa itu menjadi luar biasa, rasa mudah itu menjadi sukar pada saat dia bertemu dengan seorang gadis yang punyai rahsia besar berkenaan Black Metal. Pada saat misteri Black Metal semakin terkuak, gadis itu pula ditemui tidak bernyawa. Budi Putra kini dihujung jalan, dan segalanya umpama di hujung tanduk. Budi Putra perlu segera bertindak....


Syaakur Pejuang Dua Dunia
Resmanshah
Harga: RM 13.50 / RM 15.50
ISBN-13: 978-967-5136-57-3
Tarikh Terbit: 18 Jun 2010
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Novel Dewasa, Novel Fiksyen Sains & Fantasi
PTS Fortuna Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM12.00/14.00

Dunia kedua itu wujud, empat alam menghuninya. Kejahatan alam gelap membawa sengketa. Lahirnya Syaakur di dunia sebagai salah seorang pejuang dunia kedua akan memusnahkan kejahatan Drazal, pemerintah agung alam gelap. Hanya Syaakur yang mampu memiliki Pedang Syahadah yang akan menewaskan Drazal.
Tujuh Wali bersama Wak Darmo membantu Syaakur meningkatkan kuasanya. Di samping itu, makhluk alam gelap sentiasa memerhati dan mengambil kesempatan. Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi bagi meleraikan peperangan itu dan melindungi Lembah Lambai serta orang yang disayangi. Apa sahaja perlu dilakukan.

Mampukah Syaakur melakukan semua itu? Siapa lagi yang sanggup berkorban?


Khalifah-khalifah Yang Benar
Abdul Latip bin Talib
Harga: RM 55.00 / RM 58.00
ISBN-13: 978-967-5783-00-5
Tarikh Terbit: 16 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 800
Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM50.00/RM52.00

Kisah khulafa al rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.





Lelaki Berkasut Merah

Bahruddin Bekri
Harga: RM 20 / RM 23
ISBN-13: 978-967-5783-03-6
Tarikh Terbit: 18 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 460
Kategori: Islam, Gaya Hidup, Keluarga, Perhubungan, Novel Dewasa, Novel Chiclit, Novel Humor, Novel Islami
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM18.00/RM21.00

Jamal bin Lomo lelaki yang punyai masa silam yang gelap, memiliki sebuah kotak hitam yang rahsia dan dia mencari kerana di sini hanya ada kisah manusia-manusia yang biasa. Lelaki berkasut merah yang penuh rahsia, anak muda yang berwajah dingin, perempuan serba hitam yang tidak pernah gusar, perempuan berseragam hijau yang penuh prihatin, dan watak-watak lainnya yang berwarna seperti pelangi.

Kita akan menemukan lelaki berkasut merah yang punyai masa silam yang penuh rahsia. Tidak ada siapa tahu berkenaan rahsianya selain seorang tok imam tua.

Sebelum itu, kita juga akan menemukan seorang anak muda yang berwajah dingin, yang gemar merenung tajam, dan tidak mungkin dibantah katanya.

Kedua-dua mereka punyai misi yang sama atas sebab yang berbeza. Mereka berdua mencari manusia-manusia yang . Pada waktu yang sama, mereka juga dicari oleha manusia-manusia yang punya agenda rahsia.


Kuseru Nur Kasih
Noorfadzillah Om
Harga: RM 26 / RM 29
ISBN-13: 978-983-3892-96-9
Tarikh Terbit: 25 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 832
PTS Litera Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM23.00/RM26.00

Yasmin ingin sekali menjadi seperti kebanyakan gadis zaman ini. Cantik, bergaya, karismatik, bijak dalam pergaulan dan mempunyai kekasih. Namun dia sering memencilkan diri kerana semua sikap dan perasaan negatif itu sudah sebati dalam dirinya.
Bagaimanakah Yasmin dapat merealisasikan impiannya itu? Novel ini akan memaparkan konflik percintaan, masyarakat dan erti sebuah persahabatan di samping mesej keagamaan dan kemanusiaan yang boleh dijadikan teladan.



Gadis Piano
Riha J
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5406-60-7
Tarikh Terbit: 16 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 160
Kategori: Remaja, Remaja Umum
PTS One Sdn Bhd

Harga Promosi ahli: RM13.00/RM14.00

Deeya dan piano ibarat irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Piano mengingatkan Deeya memori bermain piano bersama bapanya sewaktu kecil. Deeya menyertai pertandingan piano di sekolahnya dan pada pertandingan itu Deeya bertemu sahabat piano baharunya, Ezudin. Namun, Deeya disobotaj dalam pertandingan itu. Siapa yang mensabotaj Deeya? Mengapa? Deeya tiada musuh!



Meon Perang Bola Kampung
Jas
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13:
Tarikh Terbit: 18 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Komik
PTS Millennia Sdn Bhd

Sempena cuti sekolah, Meon dan rakan-rakan bercadang menyertai liga bola sepak di kampung mereka. Cabarannya, mereka tidak cukup pemain dan wang bagi menyertai liga bola sepak itu. Lebih teruk lagi, kemahiran bola sepak mereka amat teruk. Bagaimana Meon dan kawan-kawannya mengatasi cabaran ini? Siapa pula yang mahu melatih pasukan mereka?


Komik-M Raya
Afiq, Ard One, Bop, Farihah Iskandar, Jas, Nazry, Sitrahaslee Jamil
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13:
Tarikh Terbit: 25 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Komik, Komik-M Raya
PTS Millennia Sdn Bhd

Apa akan jadi sekiranya watak-watak Komik-M digabungkan dalam satu buku? Saksikan watak-watak seperti Ultra Qalif, Dear Yayah, Meon, Takaza, Dunia Didi, Perang Kampung, Aviasi Fantasi dan Babap Boi bersatu dalam buku Komik-M Raya. Ikuti kisah-kisah menarik aneka ragam mereka sewaktu berpuasa dan menyambut hari raya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...