Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

Loading...

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Thursday, 22 July 2010

Kaki Novel Ogos

KINI DI PASARAN!

ANTARA BENCI & RINDU
IDA FARISYA
HARGA: RM19.00/RM22.00
PENULIS : IDA FARISYA
ISBN : 978-967-5067-52-5

Harga promosi ahli: RM17.00/RM20.00

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.

Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.

Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.


COKE DAN SUNDAE
ILYA ABDULLAH
HARGA SEMENANJUNG: RM18/RM21
PENULIS : ILYA ABDULLAH
ISBN : 978-967-5067-51-8

Harga promosi ahli: RM16.00/RM19.00

Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagihint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...