Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

Loading...

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Monday, 5 July 2010

Terbaharu daripada Buku Prima


Diam-Diam Rindu
SYAHIRAH IBRAHIM
RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-49-5
~592 hlm

Harga promosi ahli: RM20.00


Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun.
Tarikh Terbit: 7 Jun 2010
Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun. Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?


Bukan Salahku
Liza Nur
RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-59-4
~560 hlm

Harga promosi ahli: RM20.00

Asyiqeen (Ash) dipaksa menjaga adiknya yang kurang upaya sejak berusia 10 tahun, selepas ibunya meninggal. Dek kerana dendam kesumat dalam diri Mak Tok, Ash yang ditinggalkan dalam jagaannya diseksa. Mak Tok yang bekerja sebagai tukang tilik nasib tidak pernah memberi didikan agama yang secukupnya buat Ash, membuat dia meraba sendiri mencari identiti agama dan budayanya. Ash menerima biasiswa untuk menyambung pengajiannya ke Sydney. Di sana dia bertemu dengan Ashraf Ivan Obaydin (Ivan), lelaki angkuh yang tidak percaya pada kewujudan agama dan adat resam.
Tarikh Terbit: 21 Jun 2010
Asyiqeen (Ash) dipaksa menjaga adiknya yang kurang upaya sejak berusia 10 tahun, selepas ibunya meninggal. Dek kerana dendam kesumat dalam diri Mak Tok, Ash yang ditinggalkan dalam jagaannya diseksa. Mak Tok yang bekerja sebagai tukang tilik nasib tidak pernah memberi didikan agama yang secukupnya buat Ash, membuat dia meraba sendiri mencari identiti agama dan budayanya. Ash menerima biasiswa untuk menyambung pengajiannya ke Sydney. Di sana dia bertemu dengan Ashraf Ivan Obaydin (Ivan), lelaki angkuh yang tidak percaya pada kewujudan agama dan adat resam. Berita mengenai kematian kawan baiknya, Zahra Ruwaida memaksa Ash pulang ke Malaysia untuk menjaga anak Zahra, Adib Farhan. Rasa bersalah pada arwah ibunya, Melissa memaksa Ivan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Di Malaysia, Ivan mengalami evolusi untuk mematangkan fikiran. Dia diperkenalkan oleh Pak Long dengan dua musuh ketatnya selama ini, agama dan adat resam. Dari Shakespeare dia disuruh membaca Malim Deman. Dari majalah Playboy, dia diajak mengenali Al-Quran. Mampukah Asyiqeen berdepan dengan masa silamnya? Mampukah Ivan mendalami agama dan budaya arwah ibunya, Melissa yang selama ini dibenci?


BEBOLA
Majalah Karangkraf
RM 7.00
ISBN: 978-967-5489-54-9
~64 hlm

Harga promosi ahli: RM7.00

Siapa kata bebola tidak boleh dipelbagaikan cara masakannya. Banyak yang boleh dibuat jika bahan utamanya adalah bebola. Yang anda perlukan hanyalah sedikit unsur ‘kreatif ’ ketika mahu menghasilkan menu-menu yang pelbagai. Selain itu, bebola yang dihasilkan sendiri lebih enak dimakan Proses membuatnya juga tidak sesukar mana. Selamat Mencuba!
Tarikh Terbit: 10 Jun 2010
Siapa kata bebola tidak boleh dipelbagaikan cara masakannya. Banyak
yang boleh dibuat jika bahan utamanya adalah bebola. Yang anda perlukan
hanyalah sedikit unsur ‘kreatif ’ ketika mahu menghasilkan menu-menu
yang pelbagai. Selain itu, bebola yang dihasilkan sendiri lebih enak dimakan.
Proses membuatnya juga tidak sesukar mana. Malah lebih puas hati. Resipi@
prima menampilkan senarai menu bebola untuk dicuba. Antaranya Tomato
Sumbat Bebola, Sup Bebola Daging Dengan Roti Perancis dan juga langkah
demi langkah membuat Bebola Daging Herba.
Selamat Mencuba!


Ala Kopitiam
Majalah Karangkraf
RM 7.00
ISBN: 978-967-5489-55-6
~64 hlm

Harga promosi ahli: RM7.00

Kopitiam adalah gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Hokkien iaitu ‘kopi’ dan ‘kedai’. Dahulunya, kedai kopi sebegini memberi pilihan makanan dan sarapan pagi yang ringkas. Namun kini kopitiam yang membawa konsep kedai kopi moden menawarkan set-set menu yang pelbagai sebagai pilihan untuk para pengunjung. Setiap kopitiam pasti ada ‘signature dish’ dan juga ‘signature drink’ yang tersendiri. Pastinya untuk kelainan dan untuk membezakan kopitiam tersebut dengan kopitiam yang lain. Kali ini, resipi@prima menyenaraikan antara menu-menu kopitiam yang boleh dicuba. Resipi ringkas dan pelbagai ini, pasti lebih enak jika anda yang sediakan sendiri.
Tarikh Terbit: 24 Jun 2010
Kopitiam adalah gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Hokkien iaitu ‘kopi’ dan ‘kedai’. Dahulunya, kedai kopi sebegini memberi pilihan makanan dan sarapan pagi yang ringkas. Namun kini kopitiam yang membawa konsep kedai kopi moden menawarkan set-set menu yang pelbagai sebagai pilihan untuk para pengunjung. Setiap kopitiam pasti ada ‘signature dish’ dan juga ‘signature drink’ yang tersendiri. Pastinya untuk kelainan dan untuk membezakan kopitiam tersebut dengan kopitiam yang lain. Kali ini, resipi@prima menyenaraikan antara menu-menu kopitiam yang boleh dicuba. Resipi ringkas dan pelbagai ini, pasti lebih enak jika anda yang sediakan sendiri.


CATATAN PENGALAMAN : Semalam Di Bumi Anbia
FIRDAUS SHAHIDIN
RM 17.90
ISBN: 978 - 967 - 5489 - 56 - 3
~96 hlm

Harga promosi ahli: RM16.00

Sebuah catatan pengalaman yang menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan penulis. Pengembaraannya tidak hanya di Jordan, malah hampir keseluruhan tanah Arab dijelajahi, sama ada di Asia atau Afrika. Namun, dugaan Allah kepada hamba-Nya pasti tidak pernah putus. Tujuan-Nya hanya satu, agar manusia menjadi tabah dan mengingati-Nya. Penulis berhadapan dengan pelbagai rintangan yang akhirnya, mengajar penulis tentang erti kecekalan.
Tarikh Terbit: 20 Jun 2010
Sebuah catatan pengalaman yang menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan penulis. Pengembaraannya tidak hanya di Jordan, malah hampir keseluruhan tanah Arab dijelajahi, sama ada di Asia atau Afrika.

Catatan ini bermula dengan kehidupannya di alam persekolahan. Dia melalui saat-saat yang sukar untuk ditempuhi bagi memilih jalan hidupnya sendiri. Dia berada di dalam dilema sama ada mahu menuruti kata-kata orang tuanya atau kata hati. Segalanya terlerai apabila dia mengenangkan kembali kata-kata semangat dari ayah dan cikgunya.

Dan akhirnya dia berada di Jordan. Dia mengakui bahawa apa yang dipilihnya adalah yang terbaik buat dirinya. Pelbagai tempat, ilmu dan budaya telah ditimba di tanah yang diberkati ini.

Namun, dugaan Allah kepada hamba-Nya pasti tidak pernah putus. Tujuan-Nya hanya satu, agar manusia menjadi tabah dan mengingati-Nya. Penulis berhadapan dengan pelbagai rintangan yang akhirnya, mengajar penulis tentang erti kecekalan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...