Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Thursday, 26 August 2010

TERBAHARU--KARNADYA

EKSPERIMEN CINTA--GEENA EDORA
Penerbit: Karnadya
Harga: RM17.00

Harga ahli: RM15.00

Semua insan mengharapkan cinta sejati. Begitu juga dengan Amilyn, seorang wanita muda yang baru mula bekerja di Kuala Lumpur. Amilyn mengimpikan sebuah percintaan yang indah bersama lelaki idamannya. Namun bukan mudah untuk bertemu dengan lelaki yang diimpikan. Rasa rendah diri menyebabkan Amilyn mula sangsi masih adakah lelaki yang ingin melamarnya.

Untuk meyakinkan diri, Amilyn mencadangkan kepada sahabat baiknya, Shahzlan untuk menjalankan eksperimen cinta. Amilyn ingin membuktikan bahawa dirinya juga mampu menyayangi dan disayangi. Namun di pertengahan eksperimen, lelaki idaman Amilyn muncul di dalam hidupnya.

Adakah cinta Amilyn disambut oleh lelaki pujaan itu? Apakah pula reaksi Shahzlan yang dalam diam telah jatuh cinta kepada Amilyn? Dapatkan Shahzlan meraih semula cinta Amilyn? Adakah perasaan sayang yang lahir antara Amilyn dan Shahzlan sekadar permainan eksperimen cinta? Semuanya akan terjawab dalam novel ini.

TERBAHARU--FAJAR PAKEER

SELAMAT DATANG CINTA--AINI ATIERA
ISBN:978-967-365-023-1
Harga: RM18.90/RM21.90

Harga ahli: RM17.00

Ain Mardhiah dan Syed Adib Abrar. Pertemuan mereka membawa kepada ikatan pernikahan yang sah. Bahtera bahagia yang selalu Adib impikan bersama Hanin dahulu akhirnya dicapai bersama Ain. Baginya, Hanin adalah sejarah lalu, manakala Ain adalah masa depannya. Hidupnya kini hanyalah Ain.

Siapa sangka, bahtera bahagia yang dilayari bersama tercalar kerana kehadiran semula Hanin. Kerana wanita itu, Adib dan Ain menderita. Semuanya musnah gara-gara tindakan Hanin.

Ain ~ Semua yang berlaku adalah salah Adib. Lelaki itu tidak berusaha melindungi dirinya. Kerana Adib, dia kehilangan peluang untuk mendukung dan melihat cahaya mata mereka yang pertama.

Adib ~ Tuduhan Ain terlalu berat untuk ditanggung. Bagaimana isteri tercinta tergamak membuat tuduhan yang begitu berbisa sekali?

Bilakah semua ini akan berakhir? Bahagiakah mereka setelah saling menyakiti antara satu sama lain? Akan pergikah cinta yang pernah datang itu? Dan Ain, tegakah membiarkan hati suami terus terluka? Sampaikah hati Adib membiarkan isteri terus dalam tanda tanya atau adakah hanya hati yang bercerita bisa membasuh dan merawat luka dan kecewa?


AKAN DATANG--ALAF21

LEGENDA ELFARREN--Mohd Zahar Yasin (Alaf21)
Halaman: 560
Harga: RM19.90

Harga ahli: RM18.00
...
AIDAN dan Ariana... pemuda desa dan puteri raja. Dipertemukan menerusi mimpi aneh yang datang saban malam. Mereka berkasih walaupun tidak pernah bersua muka. Demi rindu, mereka harus berjumpa di alam nyata walau berapa pun harga yang harus dibayar. Tanpa disedari, mereka memiliki keistimewaan yang tidak pernah wujud di dunia itu. Kelebihan yang akan menentukan masa depan dunia. Sesuatu yang sangat dikehendaki oleh kuasa kebaikan juga kejahatan pada zaman itu.
Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza dan sangat mencabar. Kasih sayang, persahabatan dan percintaan; segala-galanya dipertaruhkan. Namun matlamatnya cuma satu. Untuk memenuhi firasat mimpi yang datang kepada mereka. Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir yang bakal menunggu. Sejauh manakah mereka sanggup menghadapinya?

AKAN DATANG--BUKU PRIMA

Lara Rindu--Amanda Aniqah
RM 23.90
ISBN: 978-967-5489-76-1
~640 hlm
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010

Kastia suka kepada kehidupan, apalagi dalam dunia pelajaran. Misinya adalah Long Life Learning (Belajar Sepanjang Hayat). Bukan macam polisi temannya, Chinta, 3L iaitu Long Life Love. Loveaholic. Atau macam etika Makhluk Perosak, Long Life Work. Memang Workaholic. Langsung tidak ceria hidup. Anjakan terbesar dalam catatan hidupnya adalah perkahwinan. Ia wujud bukan atas cinta. Tanpa wasiat, tiada tangkap basah.Tiada kontrak perkahwinan keluarga atau ‘family arrange’. Dia pun tidak tahu macam mana perkahwinan ini boleh terjadi. Menghairankan! Bila rahsia terbongkar, lara hatinya dibawa terbang jauh. Langsung tidak menoleh ke belakang walau rindunya mengundang lara.



Cerpen Istimewa Wanita--Majalah Karangkraf
RM 15.50
ISBN: 978-967-5489-73-0
~304 hlm
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010

Setiap wanita pasti mempunyai pengalaman yang pahit dan manis dalam melayari rencah kehidupan seharian. Namun, dengan semangat dan ketabahan setiap
kenangan itu pasti akan terpateri atau lupus ditelan waktu. Sememangnya kisah dan rentetan kehidupan biasanya tidak lari dari tinta pena untuk dijadikan koleksi.Koleksi Cerpen Istimewa Wanita ini diterbitkan khas dari Majalah Mingguan Wanita, kegemaran para wanita. Himpunan cerpen yang dipilih dan dipaparkan dari kisah wanita ini antaranya menuntut pengorbanan yang jitu disamping pahit getir dan ketabahan yang harus dilalui oleh para wanita dalam menghadapi liku-liku hidup yang lebih mencabar.Semoga himpunan cerpen ini mampu dijadikan koleksi yang bermakna untuk anda miliki dan hayati dengan sebaik mungkin. Ia sememangnya berbaloi sebagai hadiah dan koleksi peribadi.


AKAN DATANG--KAKI NOVEL

GELAK TERGOLEK--WANN AZLAN
Harga RM18
Harga ahli: RM16.00

Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun. Bermula dengan ibunya yang d...ipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah
Rahman menjadi menantunya. Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

KIRIMKAN AKU MALAIKATMU--MULIATI ABDUL
Harga: RM19.00
Harga ahli: RM17.00

Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi... orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus?

Tuesday, 17 August 2010

KRISTAL KRISTAL--TERBAHARU JEMARI SENI

KRISTAL--MISDHIAZ (Tempahan dibuka)
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-45-6
Harga: RM17.00
Tarikh di pasaran: 30 Ogos 2010

Harga ahli: RM15.00

Someone!
Someone tu siapa?
Someone to love... is DR Luv...
Kasih Iris Arshad!

Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.

Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?

Aduhai hati,

Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?

DR Luv...

Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah!

Kristal. Kristal.

masih bergaung dalam hiba

saat mencari suatu petanda untuk bahagia

Kenapa dia harus suka dalam duka?

Thursday, 12 August 2010

DI PASARAN--ALAF21



ALEYA ANEESA--TANPAMU AKU RINDU
Alaf 21
Harga: RM19.90

Harga ahli: RM18.00

ASALNYA, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri di mata dan penyejuk di hati mereka. Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.

Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka
mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada di sisinya kewalahan.

Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya. Bila dugaan ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi bangkit menghulur tangan. Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba. Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.


REALITI KASIH--QURSIAH HANUM
Harga: RM15.00
Halaman: 368
...ISBN: 978-983-124-525-5

Harga ahli: RM14.00

Sinopsis: RASA kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.

Mereka jadikannya seperti kambing hitam. Dia benarbenar dikhianati. Dia amat yakin bahawa mereka melakukan itu semua kerana mahunya keluar dari situ. Kalaupun mereka masih mahukan khidmatnya, mereka tidak patut memalukannya di hadapan khalayak secara terang-terangan dan terancang. Maruah dirinya di injak-injak!

Siti Nurzihan menelan segala kedukaan yang ter pendam di lubuk jiwanya sekian lama. Dia mula bangkit untuk memulakan harinya walaupun bukan di tempat lama. Malah, isi hatinya diluahkan melalui pena. Bukankah itu adalah realiti? Realiti kasih yang biar orang tahu bahawa dia punya perasaan dan impian.

Thursday, 5 August 2010

PREVIEW LEMBAYUNG KASIHMU--UMMU WAFA (ALAF21)






Terbaharu Ogos Jemari Seni (TEMPAHAN DIBUKA)

ANTARA SAFA DAN MARWAH
Ismad Astar
ISBN: 978-967-5118-43-2
Harga: RM20.00

Harga ahli: RM18.00

usah diulang cerita lama, usah dituil keruping luka, usah dipaksa hati yang parah berdarah kembali Ini kisah teganya hati seorang ibu meninggalkan anak yang baru berusia enam bulan; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yang menghilang itu.

Kenapa ya sejak akhir-akhir ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu untuk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca keenamnya?

Di mana nak dicari di Malaysia ini, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun. Ah, dia rindu sangat pada umi. Ini cerita seorang perempuan yang terpaksa membuat pilihan hati – Muaz yang disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yang dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yang pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...