Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

Loading...

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Tuesday, 21 September 2010

TERBAHARU--JEMARI SENI

‎26 EPISOD GOSIP--HASWIDA ABU BAKAR
ISBN: 978-967-5118-44-9
Harga: RM19.00

Harga ahli: RM17.00

Sinopsis:
Seperti hidup ini, ada benda yang kita mahu pilih sekali sahaja
sepanjang hidup: kekasih. Ini kisah di belakang tabir. Cerita Ain
Nurlisa yang keras hati pada cinta bermula dari sini... ‘di dalam’ dan
‘di luar lokasi’ bersama krew produksinya...

Scene 1

“Ingat kau orang ikut mak dan Posh berkaraoke!”
“Mak pandai menyanyi ke?”
“Bolehlah!”
“Hessyy! Jangan buat main, Misha Omar tu... suara sedap,” celah pelakon baharu, Ari Zaman.
“Suara mak tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah la pula!” seloroh juruaudio produksi.

Scene 2

“Wah, Jeffri Husin sejak bila pulak suka pakai blusher ni? Cap apa?” usik Rosie.
“Bukan senang tau, nak ‘terpakai’ blusher yang ada corak lima jari kat pipi macam ni,” gurau Jeffri. Telapak tangan Ain masih pedih, sepedih hatinya.
“Hey girls, hati-hati kau orang dengan pelakon pujaan Malaya ni. Nanti frust terlebih tonggeng kau,” leter Posh.

SUKA SAYA, YA? SUKA SAYA, TIDAK?--MANJLARA
ISBN: 978-967-5118-46-3
Harga: RM19.00

Harga ahli: RM17.00

Sinopsis:
Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah
temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi,
akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?

Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak
kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.
Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain. Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...