Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Tuesday, 28 December 2010

AKAN DATANG BUKU PRIMA (CUCUR BAWANG & KOPI ‘O’--Hasrudi Jawawi)




CUCUR BAWANG & KOPI ‘O’--Hasrudi Jawawi (Buku Prima)
MYR25.90
720 ms


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

AKAN DATANG BUKU PRIMA (TAJDID RINDUMU--Dyza Ainun)


TAJDID RINDUMU--DYAZA AINUN (BUKU PRIMA)
MYR25.90
 672 ms

Pengorbanan V’na menamatkan zaman remaja bukan relanya. Demi keterpaksaan itulah, dia menerima lamaran Siti Dalila, isteri kepada lzzul Haqeemi. Menjadi isteri kedua yang penuh dengan jutaan dugaan. Pergolakan hati dan perasaan dalam rumah tangga yang tidak dibungai rasa cinta. Berhadapan pula dengan kecemburuan Siti Dalila kemudiannya. Apa lagi, ternyata, V’na telah berjaya menganugerahi lzzul Haqeemi dengan gelaran paling istimewa, menjadi seorang bapa kepada bayi yang selama ini amat diharapkan oleh lzzul. Namun, V’na terfitnah oleh pelbagai hasutan yang didalangi oleh Siti Dalila. Berbaloikah sebuah pengorbanan?

Tuesday, 21 December 2010

CINTA DARI ISTANA--ADAH HAMIDAH (FAJAR PAKEER)

CINTA DARI ISTANA--ADAH HAMIDAH
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN:978-967-365-044-6
Harga: RM23.90

Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?

Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa.

“Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan.

Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yang terpaksa direncanakan oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi identiti diri. Menjadi seorang pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta tuan rumah, Ra’if Arjuna, duda beranak satu itu.

Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kepada rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yang kian bersemi. Misi menawan hati Ra’if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara membuatkan sang puteri terus-terusan cuba mentafsir hati rakyat yang kerasnya mengalahkan tembok-tembok istana.

Apakah penyudahnya? Haruskah sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!

Memangkah mimpi menghitung gembira... Detik itu cinta maknanya!

Monday, 20 December 2010

TRINOVEL ALAF DISEMBER 2010 (HARGA SEBUAH CINTA--HANI FAZUHA)

HARGA SEBUAH CINTA--HANI FAZUHA
Harga: MYR 18.00
Halaman: 464
Penulis: Hani Fazuha
ISBN: 978-983-124-635-1

Sinopsis: KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafi r tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafi r, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?

TRINOVEL ALAF DISEMBER 2010 (KAU PERTAMA AKU KEDUA--FITRI HUSSIN)

KAU PERTAMA AKU KEDUA--FITRI HUSSIN
Harga: MYR19.90
Halaman: 512
Penulis: Fitri Hussin
ISBN: 978-983-124-619-1

Sinopsis: ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.

Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin
sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.

TRINOVEL ALAF DISEMBER 2010- (RINDU DI AWAN BIRU--MEEN ZULAIKHA)

RINDU DI AWAN BIRU--MEEN ZULAIKHA
Harga: MYR 19.90
Halaman: 528
Penulis: Meen Zulaikha
ISBN: 978-983-124-625-2

Sinopsis: JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia bercina buta untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

Monday, 13 December 2010

AKAN DATANG BUKU PRIMA Hingga Ke Akhirnya--SITI NUR DHUHA




Hingga Ke Akhirnya--SITI NUR DHUHA
Harga MYR 25.90
ISBN: 978-967-0184-08-1
~720 hlm
Tarikh Terbit: 17 Dis 2010


Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?

AKAN DATANG BUKU PRIMA Jambatan Kasih--Danisha Nur

Jambatan Kasih--Danisha Nur
Harga MYR 19.90
ISBN: 978-967-0184-02-9
~460 hlm
Tarikh Terbit: 22 Dis 2010

Naema Qistina kecewa apabila cinta Imran beralih arah pada Syafikah, teman baiknya sendiri. Dia membawa diri jauh dari kedua-duanya. Bertahun-tahun hatinya tidak diusik sesiapa sehingga suatu hari dia bertemu Adif, pemuda kacak dan lucu. Tidak lama berkenalan, mereka bertunang sebelum Naema mendapat tahu yang Suraya teman baiknya pernah menaruh cinta pada Adif. Naema mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan. Pelbagai insiden berlaku kemudiannya. Syafikah pula masih berusaha memperbaiki hubungannya dengan Naema sementara Imran melakukan pelbagai cara supaya Naema kembali padanya. Apakah hujung cinta Naema dan Adif? Sudikah Suraya berkorban demi teman baiknya?

AKAN DATANG BUKU PRIMA Semenjak Kau Datang--Muhd Nasruddin Dasuki

Semenjak Kau Datang--Muhd Nasruddin Dasuki
Harga MYR 15.90
ISBN: 978-967-0184-01-2
~336 hlm
Tarikh Terbit: 27 Dis 2010

Sejak Hermawan, jejaka dari Lombok itu menyerlah sinar dalam hidup Syahwati , gadis yang baru selesai mengambil SPM itu terpana dengan janji manisnya. Lantaran hati nya yang terbuai oleh keasyikan SMS, dalam diam hati nya telah dicuri oleh jejaka pekerja tapak binaan itu. Hanya dia yang tahu apakah nikmatnya bercinta dengan jejaka itu sehingga dia lupa segala-galanya. Lantaran itu Syahwati mula berubah sikap dan bijak memanipulasi keadaan sehinggakan Hermawan berjaya melarikannya ke Pulau Lombok. Impian manis yang diharapkan ti dak menjadi kenyataan. Hati nya menjadi lara apabila dia diti nggalkan dan Hermawan kembali ke Malaysia kerana sukar mendapat pekerjaan di tanah kelahirannya. Bagaimanakah nasib malang gadis yang baru mengenal cinta ini? Seperti gadis-gadis lain yang pernah dilarikan ke Lombok, apakah nasib Syahwati lebih malang lagi?

Sunday, 5 December 2010

AKAN DATANG KAKI NOVEL (AKUKAH CINDERELLA--NOZI DANISHA)

AKUKAH CINDERELLA (NOZI DANISHA)
Harga: MYR18.00/MYR21.00
ISBN: 978-967-5067-66-2

“Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara."

Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?
“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”
“Apa dia? Aku buat apa?”
“Kau luku kepala aku tu kenapa?”
Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.

Saturday, 4 December 2010

AKAN DATANG KAKI NOVEL (HATI BILA CINTA--LYNN ALLYNA)

HATI BILA CINTA--LYNN ALLYNA
Harga: MYR20.00/MYR23.00
ISBN: 978-967-5067-64-8

"Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang.
Sehari tak pandang, mulalah jadi gila bayang."

Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...