Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Thursday, 31 March 2011

Natasya Mahu Cantik~Umi E. Na (Teen Prima)

Natasya Mahu Cantik~Umi E. Na
Teen@Prima
MYR9.90
ISBN: 978-967-0184-46-3
~48 hlm
Tarikh Terbit: 14 Apr 2011

Natasya Mahu Cantik ini mengandungi empat buah cerita yang menarik serta memberi pengetahuan berguna kepada adik-adik. Watak Natasya dalam siri ini bukan sahaja menghiburkan, malah membawa nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Selain itu, adik-adik juga akan tertawa dengan telatah adik Natasya, Natrah, yang melucukan.

Fantasi PIP (Kisah Si Patung Pari-pari)~Suraya Md. Nasir (Teen Prima)

Fantasi PIP (Kisah Si Patung Pari-pari)
Suraya Md. Nasir
MYR10.00
ISBN: 978-967-0184-39-5
~80 hlm
Tarikh Terbit: 14 Apr 2011

Johanna merupakan seorang budak perempuan yang ‘girly? dan sangat sukakan pari-pari sejak kecil. Namun setelah dia membesar, Johanna menjadi seorang tomboi serta mempunyai masalah pembelajaran di sekolah. Sehinggalah dia terlihat iklan patung pari-pari, sebuah alat bantu belajar di kaca televisyen. Harapan ibu dan Johanna untuk mengatasi masalah di sekolah menjadi angan-angan dengan kedatangan patung pari-pari yang rosak bernama Pip! Pip bercakap, makan, minum dan berfungsi seperti manusia! Bagaimanakah kehidupan Johanna dengan kedatangan Pip? Ikuti kisah mereka dalam Fantasi Pip, Kisah Si Patung Pari-pari.

Teori Aidil~KUSYI HIRDAN (Teen Prima)

Teori Aidil
KUSYI HIRDAN
RM 12.90
ISBN: 978-967-0184-30-2
~240 hlm
Tarikh Terbit: 3 Apr 2011

Aidil, bukan sahaja bijak malah mempunyai IQ yang tinggi. Aidil bersekolah di Sekolah Rendah Cemerlang Ipoh, sekolah swasta untuk kanak-kanak terpilih yang bijak. Keadaan Aidil ini dirahsiakan oleh ibu bapanya kerana tidak mahu Aidil melalui zaman kanak-kanak berbeza dengan budak-budak lain. Namun, Aidil tidak mempunyai ramai kawan. Kawan baiknya hanya Megat Fikri yang penakut sifatnya kerana sering menjadi mangsa ejekan dan bulian. Aidil cuba menjadi remaja senormal mungkin tapi tetap dianggap pelik.

Valentina Nervosa~NURUL SYAHIDA (Buku Prima)

Valentina Nervosa
NURUL SYAHIDA
MYR19.90
ISBN: 978-967-0184-37-1
~524 hlm
Tarikh Terbit: 14 Apr 2011

Mariyyah tidak meminta banyak. Dia cuma mahu meluaskan perniagaannya dan mengahwini teman lelakinya Din yang telah bersama dengannya selama tujuh tahun. Namun apabila Din meminta mereka berpisah pada Hari Valentine, Mariyyah menyedari banyak yang perlu dia mulakan kembali. Sendirian menghadapi fobianya dengan Hari Memperingati Kekasih, dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati, Abang Aziz yang putus tunang dan Amer yang putus harapan. Menambahkan pening kepalanya, dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya Soraya dan pekerjanya Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal. Dengan semua kegilaan dalam hidupnya, dia tidak pasti sama ada dia putus cinta, jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendiri?

Koleksi si cilik


Mulai hari ini, kami akan memperkenalkan koleksi baharu iaitu buku cerita kanak-kanak. Moga inisiatif ini akan membantu para ibu bapa memilih bahan bacaan yang berkualiti buat tatapan si cilik dan si manja.

Selamat membeli-belah koleksi buku cerita kami!

Logo baharu (percubaan) Novel Kafe

Apa pendapat anda? Boleh?

Friday, 25 March 2011

UNTUKMU YUNA~SHAHRIAH ABDULLAH (BUKU PRIMA)

Untukmu Yuna~Shahriah Abdullah
Penerbit: Buku Prima
RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-43-2
~460 hlm
Tarikh Terbit: 30 Mac 2011

Juliana dan Jannah dibela oleh Encik Bashir dan Puan Kamsah yang tidak mempunyai anak. Setelah kematian Puan Kasmah, kehidupan Encik Bashir dan kedua-dua anak angkatnya kian terhimpit. Encik Bashir terpaksa menyerahkan Juliana dan Jannah di bawah jagaan Mak Ngah Munah.Semenjak itu, kehidupan Juliana dan Jannah umpama neraka. Mereka kerap didera oleh Mak Ngah Munah. Hasmudi, pelajar yang baru berpindah ke kampung itu telah menaruh hati dengan Juliana. Hubungan mereka terputus begitu sahaja setelah Mak Ngah Munah mendera Juliana dengan hebatnya. Setelah kematian Mak Ngah Munah dan Jannah, Encik Bashir telah menjodohkan Juliana dengan seorang duda bernama Dato’ Darwish. Semenjak itu, jiwa Juliana sepi, kosong walaupun harta menggunung di depan mata. Hasmudi hadir semula di dalam hidup Juliana. Menagih cinta yang terputus di tengah jalan. Konflik apakah yang berlaku seterusnya?

ABANG KHAI TOMBOI~NURAQILAH SYIHAIDA (FAJAR PAKEER)

ABANG KHAI TOMBOI~NURAQILAH SYUHAIDA
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-037-8
Harga: MYR20.90

“Tak tau aku pelakon? Wei, dari mana kau quote ayat tu, hah? Dari Kamus Dewan Bahasa edisi kelima ke? Aku tiap-tiap hari masuk TV. Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?”

Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja, membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya, seterusnya dan seterusnya. Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yang aneh dalam diri mereka. Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal, risau dengan perasaan yang wujud dalam dirinya—risau akan tercetus hubungan songsang.

Dalam menepis perasaan yang kian bercambah, pelbagai dugaan datang menimpa. Dato’ Rashid yang tidak sudah-sudah dengan dendamnya. Rizal yang mahu menuntut hak. Geng 23X yang mula membuat onar. Khai yang ingin mencari kepastian diri

Bagaimana kesudahannya? Mampukah hati Dato’ Rashid dilembutkan? Berjayakah Rizal merebut hak yang dipertahankannya? Tertumpaskah Geng 23X? Adakah segala yang berlaku dalam hidup mereka semua, mampu memperkuatkan rasa kasih yang sudah tersemai?

WAKTU MENGUKIR RINDU~SHARINA WIRDAYU (FAJAR PAKEER)

WAKTU MENGUKIR RINDU~SHARINA WIRDAYU
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-056-9
Harga: MYR18.90

Dulu sering dia mendengar tentang kehebatan cinta. Kata orang cinta itu indah, sehingga kita lupa diri, sehingga kita hilang kata-kata. Tapi baru sahaja perasaan itu mulai meresapi dirinya, tiba-tiba cinta itu pergi jauh meninggalkannya. Mazwin keliru dengan perasaan sendiri.

Mazwin tidak pernah memaksa Faris untuk mencintainya. Cintanya pula datang sendiri setelah mereka sama-sama dikecewakan. Terbongkar suatu kisah yang tidak dapat dimaafkan. Dia cuba meleraikan kekusutan Faris, daripada memilih antara dia dan Maisarah. Dan Mazwin pergi membawa lara di hati bagi menyempurnakan cinta Faris kepada Maisarah. Mazwin melangkah tanpa menoleh. Andai Mazwin tidak pergi, Faris tentu terlebih dahulu membuangnya.

Hatinya kosong kali ini sekosong-kosongnya. Ingin diisi dengan cinta sepertimana yang pernah dilakukan satu ketika dulu. Cintanya sudah ada, sudah berada di hadapan mata.

Kerana tanda kasihnya dia harus cekal melangkah. Namun setelah beberapa tahun, dia masih merindu. Sungguhpun Rio begitu ikhlas mendepangkan kasih untuk Mazwin. Cinta Rio kepada Mazwin seikhlas kasihnya untuk Puteri Qistina. Mazwin keliru dalam memilih antara rindu kepada Faris dan kasih kepada Rio…

RENUNGAN BERTUKAR RASA~SYAMIMI AMINOLAH (FAJAR PAKEER)

RENUNGAN BERTUKAR RASA~SYAMIMI AMINOLAH
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-054-5
Harga: MYR21.90

Sufi Khalisa ~ Dia harus mencari calon suami secepat mungkin agar hati si kakak tidak lagi berprasangka terhadapnya. Namun, sanggupkah dia menerima lelaki yang hanya dianggap kawan untuk dibuat suami? Apakah dia mampu meluputkan renungan mata coklat milik Indra yang berjaya memukau pandangannya dan telah berjaya mencuri hatinya tanpa sedar? Dia buntu. Buntu untuk membuat keputusan.

“Sufi, aku sanggup jadi pengantin lelaki kau jika kau tiada calon lain…”

Ean ~ Lelaki yang penuh misteri pada pandangan sesiapa yang melihatnya. Lelaki yang siapa pun tidak tahu latar belakangnya. Lelaki yang penuh dengan rahsia. Lelaki yang telah lama jatuh sayang kepada si gadis yang berjaya menarik perhatiannya. Namun, bukan dia tidak mahu menyampaikan maksud hatinya, tapi biar keadaan yang menentukan segalanya. Itu perinsipnya. Dia percaya, kalau ada jodoh, takkan ke mana…

Bakal bersatukah cinta Sufi Khalisa bersama Indra? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ean? Mampukah renungan yang tidak disangka, akan ada satu rasa yang menyinggah?

D'MANAGER~ELLIS GEE (FAJAR PAKEER)

D'MANAGER~ELLIS GEE
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-053-8
Harga: MYR19.90

Tuah ayam ada pada kakinya. Tuah Hetty Blur ada pada jolokannya. Kini, Hetty Blur berjawatan PM—Production Manager!

Seumpama namanya, Hetty Blur blur, blur, blur dalam politik ofis. Diaya sering teraniayai oleh orang kepercayaannya. Pak Qoto, Managing Director seperti namanya. Dia menggunakan teknik Qoto dalam pengoperasian kilangnya. Robbie, Area Manager mempermainkan dirinya dengan CCTV. Tan, akauntan iri hati dengan permainan gaji. Anak-anak production belot gara-gara RM50. Minah, kawan baiknya tak ubah seperti musuh dalam selimut.

Hetty Blur berusaha membebaskan dirinya daripada kepompong Club 5. Namun, blur, blur, blur dia pun, tetap diperlukan dalam menyelesaikan kemelut Minah dan Norlene.

Alam pertunangannya dengan Reez berliku-liku. Reez disyaki bermain kayu tiga. Bakal mertua, Mak Kiantan dengan sikap obsesnya.

Berjayakah Hetty Blur yang blur, blur, blur mengadapi cabaran ini? Ikuti Hetty Blur dalam D’Manager!

Tuesday, 15 March 2011

MENUNGGU HUJAN~ADILEAH (JEMARI SENI)

MENUNGGU HUJAN~ADILEAH
ISBN: 978-967-5118-56-2
Harga: RM19.00
Tarikh terbit: 14 Mac 2011


Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya

Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

TINTA~NASRON SIRA RAHIM, SYUD, PINGU TOHA (JEMARI SENI)

TINTA~NASRON SIRA RAHIM, SYUD, PINGU TOHA
ISBN: 978-967-5118-57-9
Harga: RM21.50
Tarikh terbit: 14 Mac 2011


Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim

Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.

Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?

Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?

***

Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud

Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.

“Sufiy.”

“Ya?”

“Nama saya Ameer.”

“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”


Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?

***

Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)

Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?

Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.

Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

Tuesday, 8 March 2011

Pilihan Mama~Umie Nadzimah (KAKI NOVEL)

Pilihan Mama~Umie Nadzimah
Kaki Novel
MYR18.00
ISBN: 978-967-5067-69-3

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?

M.A.I.D~Suri Ryana (KAKI NOVEL)

M.A.I.D~Suri Ryana
Kaki Novel
MYR26.00
ISBN: 978-967-5067-77-8

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

566 HARI MENCARI CINTA~ILYA ABDULLAH (KAKI NOVEL)

‎‎566 Hari Mencari Cinta~Ilya Abdullah
Kaki Novel
MYR18.00
ISBN: 978-967-5067-70-9

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

BERIKAN AKU RINDU~INDAH HAIRANI (BUKU PRIMA)

Berikan Aku Rindu~Indah Hairani
Buku Prima
MYR 25.90
ISBN: 978-967-0184-34-0
656 hlm
Tarikh Terbit: 14 Mac 2011

Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen?

7 Lautan Kucari Cinta~Nass Alina Noah (FAJAR PAKEER)

7 Lautan Kucari Cinta~Nass Alina Noah
Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-049-1
Harga: MYR22.90

Tidak mungkin aku mencintai seseorang yang aku tidak pernah kenal. Tidak mungkin aku jatuh cinta hanya dalam satu malam ~ Cici.

Bukan selalu rindu itu mendera sukma. Bukan selalu penantian itu menyeksa jiwa. Bukan jua selalu cinta itu meracun kalbu. Dan aku, bukanlah saudagar cinta yang meletakkan tanda harga pada kasih sayangku ~ Armando.

Mereka terkandas di daerah yang tidak mereka duga. Terkandas dalam rindu yang tidak terluah sehingga benci menjadi sayang, sehingga dingin malam tiada lagi kesepian. Di tepi sungai nan damai, bintang-bintang menghiasi dada langit, bersaksikan rembulan biru dan pondok bisu, di situlah mereka telah jatuh cinta.

Namun, adakah rasa cinta itu akan terluah jika ada yang menghalang? Adakah pengakuan cinta akan dilakukan andai dalam hati ada yang lain? Apakah pencarian cinta itu akan berhasil? Mampukah 7 lautan meyatukan cinta mereka?

Wednesday, 2 March 2011

MUNGKIN NANTI--ANITA ARUSZI

MUNGKIN NANTI--ANITA ARUSZI
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-051-4
Harga: RM22.90

Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!

Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa!

Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.

Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?

EMMA MAIZURA~YANG MANA SATU (ALAF21)

YANG MANA SATU~EMMA MAIZURA
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-667-2
Halaman: ~544
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011

YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?

“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”
Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.

“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”

Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

BERJUTA WARNA PELANGI~IRIS IXORA (ALAF21)

BERJUTA WARNA PELANGI~IRIS IXORA
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-671-9
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011

ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?

Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea.

Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?

HATI BERGETAR RINDU~DHIYA ZAFIRA (ALAF21)

HATI BERGETAR RINDU~DHIYA ZAFIRA
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-659-7
Halaman: ~544
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.

Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.

ELIN NADIA~NIAN DI HATI (ALAF21)

NIAN DI HATI~ELIN NADIA
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-617-7
Halaman: ~496
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011

Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...