Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Saturday, 30 April 2011

Bulan fantasi dan misteri Alaf 21~Trinovel dan Bonus Mei

Sutera Bidadari~Ramlee Awang Mursyid
Penerbit: Alaf 21
Harga: MYR22.00

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.


Wajah Seiras Cinta~Salina Salleh
Penerbit: Alaf 21
Harga: MYR21.00

Alam itu:
Pelarian Puteri Seri Kenangan membawanyanya bertemu sang teruna berselubung. Sepasang mata galak milik sang puteri membuat sang teruna sangat terpana. Dilema perasaan mula menguasai. Mengenang syarat untuk sembuh, ia harus menemui cinta sejati. Tetapi, bagaimana dia akan menemuinya dengan wajah yang hodoh?

Alam ini:
Utama Production di era kejatuhan. Sudahnya Jamal bercadang membuat program TV berkonsepkan jurnal "Jejak Misteri". Agenda projek penggambaran di lokasi lagenda sumpahan seorang ibu membawanya terperangkap ke alam itu. Bersama cinta yang dipendam tanpa kasudahan.

Semua kejadian itu cuma berhenti bila cinta dilafazkan dengan ikhlas dan resha melepaskannya kerana takdir yang satu. Sebuah kisah thriller tentang pertembungan antara golongan yang
setia dengan pihak yang ingkar kepada-Nya.


Bersaksikan Kejora~Erin Zehana
Penerbit: Alaf 21
Harga: MYR19.90

Putus tunang, difitnah di pejabat dan kemudian abah tercinta meninggal dunia...semua dugaan ini datang bertimpa-timpa. hempaka membawa diri mencari 'sesuatu yang berharga' demi amanah yang dinitakan dalam diari arwah abahnya.

Di Vila Vanessa, dia dipertemukan semula dengan datuk yang tidak pernah dikenali. Dia mahu Tuan Basir menerimanya sebagai cucu dan memaafkan segala kesilapan silam arwah abahnya yang menyebabkan mereka terpisah.

Walaupun Tuan basir membenarkan dia tinggal di situ, layanan yang diterima sangat dingin. Mujur ada Mak Kiah, pembantu rumah itu sangat baik. tetapi dia sering bertikam lidah dengan cucu angkat datuknya, Zafrie. Ada saja yang hendak digaduhkan. Padahal di hati lain dengan apa yang diluahkan di bibir.

Sejak Chempaka tinggal di vila itu, banyak kejadian sabotaj berlaku. eolah-olah ada seseorang mahu dia berambus. Malah mahu membunuhnya! Siapa yang memusuhinya? Sedangkan dia mula bahagia berada di vila itu


Di Sebalik Wajah~Elee Mardiana
Penerbit: Alaf 21
Harga: MYR21.00

Sofia, gadis manis berkelulusan dari universiti di luar negara. Sejak kecil lagi cita-citanya hanya satu-membahagiakan hati iubu. Justeru, sebaik pulang ke tanah air, bukan kerja yang dicarinya tetapi saudara kandungnya yang hulang sejak sekian lama. Itu janjinya walaupun dia sedar janji yang dipegang bukan mudah untuk dikotakan. namun, hatinya bekad mencuba meskipun orang-orang sekeliling sudah lama mengalah.

Pencarian itu menemukannya dengan seorang jejaka yang masih tercari-cari identiti diri yang merindui kasih seseorang. bibit cinta lahir di hati Sofia. Hadirnya bertemankan cemburu.
Namun hatinya bahagia bila dia turut diajak berkongsi kasih sayang itu.

Kehadiran gadis itu yang cuba merungkai persoalan tanpa disengajakan telah membongkar suatu rahsia yang sejak sekian lama tersembunyi di sebalik wajah insan yang wujud dalam hidup lelaki bernama Aslan. Namun rahsia itu terpaksa disimpan untuk menjaga hati orang-orang yang dicintainya.

Tuesday, 26 April 2011

AKAN DATANG SR PUBLICATION~KELAT-KELAT SAYANG (IZZUL IZZATI)

Thursday, 21 April 2011

Tuan Rumah Pembantu Rumah~Orkid Edyliyne (Fajar Pakeer)

Tuan Rumah Pembantu Rumah~Orkid Edyliyne
Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-058-3
Harga: MYR21.00

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.
Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Cintamu Cintaku Satu~Ana Sofiya (Fajar Pakeer)

Cintamu Cintaku Satu~Ana Sofiya
Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-057-6
Harga: MYR20.00

“Assalamualaikum.” Tangan kanan dihulurkan. “Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Saudari tentu pernah dengar nama saya, kan?”

“Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf, ini kali pertama saya dengar nama encik.”

Taufik Azhari ~ Nurul Hana, lelah aku mengejar bayangmu. Pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu air mukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturan. Bagaikan satu sumpahan, aku terus mencari siapakah dirimu. Lalu aku sematkan tekad di hati, engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir Tuhan menemukan. Kau hadir mengharap pertolongan dan aku pasti tidak keberatan, namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan. Sungguh bukan niat untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang aku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu, suri hatiku.

Nurul Hana ~ Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku wajar dijadikan cagaran? Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini? Sudah berulang kali aku katakan tiada cinta di hati untukmu, lalu bahasa apa lagi harus kulafazkan agar kau bisa mengerti? Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan, sehingga aku tidak punya pilihan. Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaanku harus kukorbankan. Aku keliru di persimpangan, antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini. Yang mana harus aku utamakan?

Entah Bila Bersemi~Auni Amauni (Fajar Pakeer)

Entah Bila Bersemi~Auni Amauni
Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-061-3
Harga: MYR20.00

Faris dan Nazifa, dua insan yang berbeza pada sikap walaupun kedua-duanya berasal daripada keluarga yang berada. Takdir telah menentukan mereka belajar di universiti yang sama dan Faris telah jatuh cinta saat pertama kali terpandang Nazifa. Namun, Nazifa telah mempunyai kekasih hati iaitu Saiful.

Obsesi Faris terhadap Nazifa begitu menggunung sehingga dia sanggup membutakan hatinya. Rancangan jahat diatur dengan begitu sempurna tanpa memikirkan perasaan Nazifa.
“Love? What do you know about love? Kalau kau tahu apa itu cinta, kau tak akan paksa aku. Kau takkan buat apa yang aku tak suka.”

Faris terpaksa akur. Akur bahawa dia bukan lelaki istimewa di hati Nazifa. Pemergian Nazifa ke kota London tanpa khabar berita, buat dirinya semakin nanar. Faris nekad. Dia akan menjejaki Nazifa di sana. Hati Nazifa akan tetap ditawan walau bagaimanapun caranya.

Berjayakah Faris menawan hati Nazifah dan menjadikan Nazifah miliknya? Mampukah Nazifah terus mengelak diri daripada gangguan Faris? Adakah rasa hati Nazifa langsung tiada buat Faris? Mengapakah Nazifa ke kota London? Berjayakah Faris menemui Nazifa di kota London? Akan bersemikah cinta yang entah bila bersemi antara mereka?

Puteri Karla~Julia Esqa (Fajar Pakeer)

Puteri Karla~Julia Esqa
Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-057-6
Harga: MYR20.00

“Puteri Karla, usah membantah apa yang telah bonda dan ayahanda rancangkan. Ini untuk kebaikan anakanda. Dengan perkahwinan anakanda, sekurang-kurangnya ada tempat untuk rakyat jelata bergantung harap.”

Yang sering diimpikannya adalah Putera Raja yang kacak, tinggi lampai dan gagah perkasa. Yang tangkas bermain pedang. Yang hebat menunggang kuda. Bukan putera raja yang pendek dan tidak dikenali itu. Argh…

Demi kesejahteraan Laikra, hidupnya perlu menjadi taruhan. Dia tidak mahu mengikut kehendak bonda dan ayahandanya. Mana mungkin dia mengahwini lelaki yang bukan pilihan hatinya. Tidak mungkin. Hanya satu penyelamatnya, melarikan diri. Ya… itu saja pilihan yang tepat untuk Puteri Karla. Dengan bantuan Jenna, maka bermulalah pengembaraan yang tidak pernah terfikir akan ditempuhinya.

Semakin jauh dia menghilangkan diri, semakin dekat dia dengan satu rahsia yang sekian lama tersimpan. Kepercayaan terhadap sahabat kecilnya mengheret Puteri Karla itu ke alam sihir ciptaan Cassondra hinggakan dirinya terjerat dalam dendam yang sudah seratus tahun tercipta. Pengembaraan itu jua menemukan dia dengan Tuan Eldon yang aneh dan Alex yang membuatkan jiwa wanitanya bergetar hebat tika mata saling berpandangan.

Mengapakah Puteri Karla yang dibawa untuk berdepan dengan kuasa sihir itu? Siapakah sebenarnya Cassondra, Tuan Eldon dan Alex? Mampukah Puteri Karla membela nasib rakyatnya? Wujudkan putera idaman yang diidamkannya selama ini?

Sisipan Cinta Mengharum~Aima Armia (Fajar Pakeer)

Sisipan Cinta Mengharum~Aima Armia
Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-060-6
Harga: RM21.00

Aliya Maisarah, anak yang begitu menyayangi kedua-dua orang tuanya. Tidak mahu berpisah dengan kedua-duanya membuatkan dia menolak kehadiran cinta dalam diari remajanya. Telah ramai pemuda cuba mengetuk pintu hati, namun tiada kunci yang dapat membukanya. Kehadiran Sam, seorang pemuda Eropah, dalam hidup Aliya bagai berada di bawah takdir-Nya.

“Tiada orang lain dalam sanubari saya, hanya awak. Only you in my mind, forever and ever...”

Cinta Sam kepada Aliya bagai lautan yang tidak bertepian, bagai bumi tiada penghujungnya. Sam tertarik dengan budi bahasa, keperibadian Aliya yang tinggi serta kecantikan asli yang dimiliki oleh Aliya. Sam yakin Aliya menyambut gayung cintanya. Namun, bagaikan telah tertulis, duri fitnah yang ditabur oleh Nurul telah memaksa Sam menjadi pak sanggup dan menikahi Nurul.

Walaupun kecewa, Aliya reda dengan perpisahan itu. Namun, tidak Sam. Sam tetap menjejak Aliya Dapatkah cinta Aliya dan Sam kembali bertaut? Adakah rasa cinta dapat disemai dalam diri Sam buat Nurul? Mampukah sisipan rasa kasih yang pernah ada, mengharumkan kembali hubungan mereka?

Wednesday, 20 April 2011

Sutera Bidadari~Ramlee Awang Mursyid (Alaf21)

Sutera Bidadari~Ramlee Awang Mursyid
Penerbit: Alaf 21
Harga: MYR22.00

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

7 hari Mencintaiku~Siti Rosmizah (SR Publication)

7 hari Mencintaiku~Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publications
Harga: MYR32.90

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Bila Hati Kata Sayang~Marissa (Karya Seni)

Bila Hati Kata Sayang~Marissa
Penerbit: Karya Seni
Harga: MYR18.00

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.
Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.
"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"
"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul? Betul tak rindukan saya?"
Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.

Tanpa Kata Cinta~Qaseh Qaisara, Ratu Bulan (Fajar Pakeer)

Tanpa Kata Cinta~Qaseh Qaisara, Ratu Bulan
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-067-5
Harga: RM20.00

Kamilia gadis yang sederhana penampilan namun sangat berkesan buat Isqandar. Tidak dapat Isqandar bayangkan betapa istimewa Kamilia dalam hidupnya. Sekejap saja Kamilia berjaya merubah perasaan Isqandar yang sangat dingin kepada ceria dan gembira. Untuk mengelak daripada Alina, Isqandar mengambil keputusan yang sangat luar biasa dan yang tidak-tidak saja. Dia memutuskan untuk meminta Kamilia menjadi isterinya.

Sakinah, gadis biasa yang juga inginkan cinta seperti gadis-gadis yang lain. Bertahun lamanya dia berharapkan si jejaka bernama Aizat. Biarpun Aizat memilih Honey sebagai teman tetapi dia tetap tunggu dan tunggu. Zaquan, akhirnya dia pulang mewarnai hidup dayangnya. Walaupun dia sering berkasar dengan Sakinah, tetapi dia bagaikan perisai yang akan melindungi Sakinah. Semuanya kerana dia ingin kembalikan sesuatu yang diambil daripada Sakinah, namun dia tidak menyangka perasaannya terhadap Sakinah begitu kuat.

Simpan Rasa Hati~Dhiya Shiha, Nur Hazma (Fajar Pakeer)

Simpan Rasa Hati~Dhiya Shiha, Nur Hazma
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-068-2
Harga: MYR20.00

Azwa tahu dirinya seorang tomboi. Tidak mungkin dia mahu berterus terang perihal perasaan cintanya kepada Ifran Daniel. Malu! Sudahnya, dia hanya menyimpan perasaan itu di hati. Tanpa pengetahuan Azwa, Ifran sudah mempunyai pilihan hati, Nor Aida. Pergaduhan berlaku antara Nor Aida, Azwa dan Ifran. Azwa dihina dan dicaci bagaikan seseorang yang tiada maruah diri.

Azwa benar-benar terluka dan kecewa. Dia membawa diri. Namun Ifran muncul kembali di hari pertunangan Azwa.

Hidup Kyra sarat dengan angan-angan. Menyulam mimpi mahu menjadi Cinderella. Gadis biasa yang dilamar Prince Charmingnya. Hidup bahagia sehingga ke akhir nafas. Lalu dia memburu mimpinya. Mengharap hadirnya seseorang, sebagaimana yang diimpikan. Hadirnya Akash seumpama mimpi. Tiba-tiba saja lelaki itu berada dalam hari-harinya.

Kyra menyampah, meluat dan jelek. Mengharap a

Tahu Rasa Cinta~Hanny Esandra (Fajar Pakeer)

Tahu Rasa Cinta~Hanny Esandra
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-065-1
Harga: MYR20.00

“Saya tak pandai berbunga-bunga, pak cik. Saya tak pandai nak bermadah berhelah… apa kata saya terus terang aje kat pak cik. Barulah rock!”

Memang betullah kata orang, hidup ini satu misteri. Kita tidak akan tahu apa yang terjadi. Begitu juga soal jodoh dan pertemuan. Erzalina adalah cinta mati Anuar. Apa saja yang Anuar lakukan hanya untuk mendapatkan cinta daripada Erzalina. Tapi, Anuar ini suka menjerat dirinya. Suka memalukan dirinya. Mahu mengurat Erzalina, tetapi tidak kena cara.

Bagi Erzalina, kehadiran seorang lelaki merupakan perkara baru dalam hidupnya. Dia yang sopan dan pemalu itu bernasib malang apabila mendapat peminat yang macam orang sakit mental seperti Anuar.

Berbagai adegan lucu berlaku. Daripada seorang lelaki yang nakal, Anuar jadi seorang lelaki budiman yang membuatkan Erzalina mula terpaut hati. Namun, saat hati mula ingin menerima, Erzalina mahu dijodohkan dengan Rafiyudin. Siapa idaman kalbu Erzalina? Benarkah apa yang dirasa Erzalina itu cinta? Mampukah rasa cinta yang baru diketahui, menyatukan dua hati?

BISIK-BISIK GELORA~FAUZIAH ASHARI (Buku Prima)

BISIK-BISIK GELORA~FAUZIAH ASHARI
Buku Prima
MYR 25.90
ISBN: 976-967-0184-48-7
~608 hlm
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

SEPTEMBER YANG PERTAMA~ANTASYA BALQIS (Buku Prima)

SEPTEMBER YANG PERTAMA~ANTASYA BALQIS
Buku Prima
MYR 22.90
ISBN: 978-967-0184-57-9
~592 hlm
Tarikh Terbit: 30 Apr 2011

Gangguan cinta terlarang telah membuatkan Mithali hilang rasa percaya kepada cinta dan lelaki! Baginya cinta itu jijik, memualkan dan hanyalah nafsu semata-mata. Lelaki pula padanya adalah objek yang harus dijauhi dan dibenci, bukan disayangi.

Namun tiada siapa yang menduga September yang pertama telah merubah seluruh hidupnya. Dia telah bertemu dengan seseorang yang mengajarnya bahawa tiada sesiapa pun dapat menghalang hukum alam apabila dirinya dipilih untuk jatuh cinta tetapi perjalanan untuk bersatu itu bukan mudah.
Takdir telah menghalang mereka untuk bersatu. Bagaikan tiada jalan untuk bersatu, mereka pasrah. Tetapi mereka juga tahu, takdir tidak sekejam itu. Seperti Adam dan Hawa yang telah dipisahkan, mereka juga akhirnya telah ditemukan.

KERANA TERPAKSA~ILHAM KALSOM (Buku Prima)

KERANA TERPAKSA~ILHAM KALSOM
Buku Prima
MYR 19.90
ISBN: 978-967-0184-38-8
~544 hlm
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011

Suria Mohd Hashim seorang anak yang nakal tetapi cerdas akal. Jodoh yang hakiki menemukan Suria dengan Tengku Haizal. Akibat konflik cinta, Suria menjadi pelarian cinta yang tegar. Merentas benua mencari ilmu dan lari dari cinta. Dia bertekad untuk tidak bercinta lagi. Apa yang sering dipersoalkan, adakah dia lari dari cinta atau lari dari bayang-bayang sendiri?

MISTERI SATU PENCULIKAN~ZAIFUZAMAN AHMAD (Kids[at]Prima)

MISTERI SATU PENCULIKAN~ZAIFUZAMAN AHMAD
Kids[at]Prima
RM 12.90
ISBN: 978-967-0184-36-4
~264 hlm
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011

Kali ini, Azmi, Adrian dan Limmempunyai misi yang lebih mencabar iaitu menyelesaikan misteri kehilangan seorang budak kolej bernama Kumar. Walaupun mempunyai banyak petunjuk, namun mereka bertiga masih lagi buntu untuk menjawab misteri itu. Mampukah mereka menyelesaikan kes penculikan ini?

Sementara itu, bapa saudara Kumar, Encik Ganesan dan pemandunya, Murugiah turut menjadi orang yang disyaki oleh mereka bertiga. Begitu juga ibu saudara Kumar iaitu Puan Irene dan teman wanita Kumar, Carol. Semasa penyiasatan diadakan, mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan yang mendatang dengan tabah.

KAWAN BARU HANANI~NISAH HARON (KidsPrima)

KAWAN BARU HANANI~NISAH HARON
KidsPrima
RM 9.90
ISBN: 978-967-0184-53-1
~48 hlm
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011

Siri Hanani dan Semberani mempersembahkan kepada adik-adik kisah Hanani dengan dunia imaginasinya yang memberikan pengajaran dan nilai-nilai yang boleh dicontohi dalam kehidupan seharian. Kisah-kisah yang terdapat dalam Kawan Baru Hanani ini adalah:

- Si Pelangi dan Kawan-Kawan
- Pasu Ungu Mama
- Pulangkan Saya! Pulangkan Saya!
- Chef Hanani

Yang Kucari~Mimie Afinie (Karnadya)

Yang Kucari~Mimie Afinie
Penerbit: Karnadya
Harga: MYR23.90
ISBN: 978-967-5367-97-7

ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada ‘si dia’, dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya ‘si dia’ yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?
ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?

BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?

HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?

SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.

Saturday, 9 April 2011

Langsir Biji Remia~Noor Suraya (JS Adiwarna)

Langsir Biji Remia~Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna
ISBN: 978-967-0201-13-9
Harga: MYR17.00
Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?

Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.

Blues Retro ~ Imaen (JS Adiwarna)

Blues Retro ~ Imaen
Penerbit: JS Adiwarna
ISBN: 978-967-0201-14-6
Harga: MYR17.00

... empat semester yang indah...
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

“Ghazi, kita kahwin lari!” kata Nik Farhana.
Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.
“Apa dia?”
“Kita kahwin lari.” Suara Nik Farhana berbunyi serius.
“Hana jangan main-main!”
“Saya serius ni!”

Berjayakah Ghazi, siswa antropologi dan Nik Farhana, siswi perubatan di Universiti Lembah Pantai kahwin lari ke sempadan Siam?

Alahai Jijah~Dihsar Ludba Haqifa (JS Adiwarna)

Alahai Jijah~Dihsar Ludba Haqifa
Penerbit: JS Adiwarna
ISBN: 978-967-0201-09-2
Harga: MYR17.00

Abang Abu, bagi cendol dua!
“Tengah buat apa tu? Dah siap kemas rumah belum? Tak nampak macam istana pun rumah kita ni.”
“Istana apanya makcik? Kalau rumah dah diperbuat daripada kayu, kayu juga. Tak ada maknanya boleh jadi istana. Ini kira okey apa.”
“Yalah. Yalah. Dah, dah. Kau pergi masuk dapur. Sekejap lagi orang kaya tu nak datang. Nanti kalau mereka nampak muka kau, terus tak jadi nak masuk rumah kita. Maklumlah, orang hodoh memang tempatnya di dapur.”
“Amboi! Sedapnya menghina.”
“Apa kau cakap?”

Apakah benar kesudahan hidup seorang budak sepuluh tahun ini akan sentiasa didera oleh ibu dan kakak tirinya? Mungkinkah ada seseorang yang akan muncul dan mengoyak muka surat terakhir itu dan menulisnya semula supaya kesudahannya akan berakhir dengan kegembiraan?
Jangan harap.
Terlalu klise.

Maaf, Saya Bukan Bibik!~Nashmin (JS Adiwarna)

Maaf, Saya Bukan Bibik!~Nashmin
Penerbit: JS Adiwarna
ISBN: 978-967-0201-10-8
Harga: MYR17.00

bencinya pada mat ni...

Bahasa Melayu SPM tu ‘kacang’ baginya. Lalu dia luangkan masa baca majalah hiburan saja. Hasil: Bahasa Melayu – 9G. Dia nekad mahu ambil semula SPM, tapi dia kesian pada ibu yang sudah jadi balu. Mereka sekeluarga bukan orang berada, tinggal pun di rumah pangsa DBKL saja.

Dia perlu cari duit sendiri!

Peluang terbuka luas apabila ada kerja kosong jadi orang gaji di Selama, Perak. Tapi mampukah dia gadis Kuala Lumpur hidup jauh di pendalaman? Lebih-lebih lagi, anak lelaki majikan yang sudah bertunang itu sangat benci padanya.

Bibikkkk!!! siang ikan bersih-bersih ya!!!

Kerenah Zaki yang memang seperti mahu menghalaunya itu buat Suhana jadi geram bercampur sedih. Perlu terus bertahan? Atau dia mengaku kalah sahaja dan katakan pada Zaki: Maaf, Saya Bukan Bibik!

Mencari-Suami@JS.Com~NORMASLINA MASRI (Jemari Seni)

Mencari-Suami@JS.Com~NORMASLINA MASRI
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-58-6
Harga: MYR22.00
Tarikh terbit: 15 April 2011

Bijak sungguh NORMASLINA MASRI membawa anda ke sana ke sini dalam Mencari-Suami@JS.Com. Genius sungguh ideanya, anda ingin mencuba caranya? Dipersilakan!
Baca bab pertama

Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.
Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...

Quartet~Saidatul Saffa (Jemari Seni)

Quartet~Saidatul Saffa
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-60-9
Harga: MYR20.00
Tarikh terbit:15 April 2011

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.


Friday, 8 April 2011

Terlanjur Mencintaimu~Syamnuriezmil (Karya Seni)

Terlanjur Mencintaimu~Syamnuriezmil
Penerbit: Karya Seni
Harga: MYR18.00
ISBN : 9789670246000

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Wednesday, 6 April 2011

Cinta Yang Ku Rasa~Anis Ayuni (Alaf21)

Cinta Yang Ku Rasa~Anis Ayuni (Alaf21)
Harga: MYR25.00
ISBN: 978-983-124-677-1
Halaman: ~640
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011

SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Aku Yang Menanti~Haiza Najwa (Alaf21)

Aku Yang Menanti~Haiza Najwa (Alaf21)
Harga: MYR21.00
ISBN: 978-983-124-675-7
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011

Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?

Merdu Lirik Kasih~Durrah Fatiha (Alaf21)

Merdu Lirik Kasih~Durrah Fatiha (Alaf21)
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-678-8
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011

Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu.

Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut
walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang.

Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi.

Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu?

Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?

Sayangku Merajuk~Ayu Emelda (Alaf21)

Sayangku Merajuk~Ayu Emelda (Alaf21)
Harga: MYR21.00
ISBN: 978-983-124-648-1
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011

BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

RAPUH TANPA DIA~MAYA BAHRUN (FAJAR PAKEER)

RAPUH TANPA DIA~MAYA BAHRUN (FAJAR PAKEER)
ISBN: 978-967-365-055-2
Harga: MYR19.90

Dia adalah wanita… wanita yang ada segalanya. Sempurna dengan kecantikan. Serba lengkap dengan kebahagiaan. Apa lagi yang dipintanya? Pasti dia bersyukur dengan anugerah ini. Itulah takdir insan bernama Lizelia Kamal. Artis yang menjadi pujaan peminat, wanita yang menjadi buruan lelaki. Ke mana saja dia pergi, apa saja dia lakukan, semua mata memandang, semua ingin sepertinya. Dia bangga… dengan dengan semua itu. Rasa dirinya benar-benar dihargai, namun…

Lelaki… Ya, dia lelaki yang serba sederhana. Mata yang melihatnya pasti memandangnya sempurna. Tapi tiada siapa tahu segenap jiwanya yang beku, yang dingin, yang kosong. Hanya dia dan Dia saja mengerti apa makna semua ini. Dia adalah Kairi… yang punya nama di persada hiburan, punya tempat di hati peminat. Tetapi…

Kuasa Tuhan penentu segalanya, segala tersirat tiada siapa menjangka. Liz dan Kairi ditemukan dan ia merubah segala-galanya. Semuanya gara-gara Khalid yang memburu cinta Liz. Cinta yang tidak berbalas membuatkan Khalid nekad untuk melangsaikan niatnya. Dia mencari setiap kelemahan Liz sebagai jalan untuk mendapatkan gadis itu walaupun terpaksa melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Kebetulan atau sememangnya takdir, Kairi sentiasa ada untuk menyelamatkan gadis itu. Sehinggakan dia jatuh cinta kepada Liz, walaupun dalam diam memang sudah lama perasaan itu wujud di jiwanya.

Bagi Liz, kebahagiannya hilang sekelip mata gara-gara permainan Khalid. Tanpa diduga, Liz membuat perjanjian dengan Kairi semata-mata mahu mengelakkan Khalid daripada terus-menerus memburunya. Cinta kontrak? Ya, dia mesti melakukan cinta tanpa rasa ini.

BENCI KAMI SAYANG KAMU~UMAIRA DZUL WIDAD (FP JUNIOR)

BENCI KAMI SAYANG KAMU~UMAIRA DZUL WIDAD (FP JUNIOR)
ISBN : 978-967-365-040-8
Harga: MYR10.90

“Berdosa ke kalau saya ni orang kampung? Yang awak bencikan saya sangat-sangat ni kenapa?”
“Memanglah tak berdosa jadi orang kampung. Yang berdosanya kau menumpang di rumah aku lepas tu kau rampas semuanya yang jadi hak aku. Ada faham?”

Amelyn bencikan Fatihah. Walaupun sudah berkali-kali dinasihati mama dan papanya, dia tetap berdegil tidak mahu berbaik-baik dengan sepupunya itu. Bagi Amelyn, kehadiran Fatihah dalam keluarganya bukan setakat menumpang, bahkan merampas segala miliknya.

Di sekolah pula Amelyn sudah ada pesaing. Dia bukan lagi budak pandai yang selalu dapat tempat pertama di dalam kelas. Malah, kawan-kawan baiknya juga terpengaruh dengan Fatihah. Disebabkan itu, Amelyn harus singkirkan Fatihah dari rumahnya. Dia mesti buktikan kepada semua orang bahawa Fatihah bukan seperti yang mereka sangkakan. Bersama Mak Cik Ema, Amelyn merancang satu agenda.

“Perkara ni adalah rahsia antara kita berdua. Lyn tak boleh beritahu orang lain termasuklah kawan-kawan sekolah Lyn. Janji?”
“Baiklah, ucu, Lyn berjanji.”

HATTA NUHARIS~20 SEN (FP JUNIOR)

HATTA NUHARIS~20 SEN (FP JUNIOR)
ISBN: 978-967-365-047-7
MYR: RM10.90

Ismail - “Eh, ni kotak pensel baru kau ke? Mana yang sebelum ni punya?”

Yana - “Mak aku baru belikan untuk aku. Kan kertas ujian Bahasa Melayu aku dapat A, mak aku janji nak belikan hadiah untuk aku. Aku tak tau nak minta apa, jadi masa pergi beli-belah, aku nampak kotak pensel ni. Aku suka sangat, jadi aku minta mak aku belikan.”

Boy - “Isy, apalah kau ni, mana boleh macam tu. Sepatutnya kau kena minta upah... Ni ha, penat kau kayuh basikal dari rumah kau datang kedai mak aku beli barang lepas tu bawa balik barang berat-berat, sepatutnya kau dapat upah tau.”

Patutkah Ismail meminta upah daripada kedua ibu bapanya seandainya mereka perlukan bantuannya sepertimana yang dilakukan Yana dan Boy? Tapi apa pula kesan kepadanya nanti? Mahu tahu jawapannya? 20 sen dulu

JANJI ATHIRAH_ZARA ALUWI (FP JUNIOR)

JANJI ATHIRAH~ZARA ALUWI (FP JUNIOR)
ISBN: 978-967-365-046-0
Harga: MYR10.90


“Tia... bila besar nanti Tia nak jadi apa?” Nenek Singgul bertanya.
“Tia nak jadi cikgu, nek. Nanti Tia boleh rotan budak-budak jahat!” Athirah tersengih lalu meneruskan kerjanya.

Athirah, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan emak dan ayah ketika berusia 3 bulan. Kedua ibu bapanya berpisah akibat penceraian. Emaknya berkahwin semula dan menjalani kehidupan bersama suami barunya manakala ayahnya tidak diketahui ke mana arahnya.

Athirah ditinggalkan di bawah peliharaan Nenek Singgul. Kepada neneknyalah dia mengadu nasib dan berseloka riang mendengar neneknya bersyair, bergurindam dan bercerita. Hidup serba sederhana tapi gembira.

Langit tidak selalunya cerah. Selepas nenekya meninggal, dia yang sememangnya dibenci mak andak, emak saudaranya juga ibunya sendiri tanpa mengetahui kenapa menjadi mangsa. Apa sahaja yang dilakukan ada sahaja yang tidak kenanya. Begitulah kalau orang sudah membenci. Dapatkah dia melaksanakan harapan Nenek Singgul? Bagaimanakah Athirah menghadapi insan-insan yang membencinya? Mampukah dia bertahan?

AKU TOM KAU JERRY~QASEH QAISARA (FP JUNIOR)

AKU TOM KAU JERRY~QASEH QAISARA (FP JUNIOR)
ISBN: 978-967-365-048-8
Harga: MYR10.90

“Habis kau ingat kau baik sangat? Kalau aku jahat, kau pun sama jahat,” marah Farah Hana sambil mengesat air mata.
“Memang aku tahu aku jahat, tapi aku baik sikit daripada kau. Kau tu jahat tahap gaban. Gaban pun tak jahat macam kau!” balas Nurul.
“Gaban tu sepupu kau ke yang kau kenal sangat tu?” soal Farah Hana kemudian.
“Lah, tanya aku pula. Bukan ke gaban tu sepupu kau?”

Nurul dan Farah Hana, walaupun sekelas, tapi antara mereka tidak pernah sehaluan sehinggakan ada yang menggelar mereka Tom and Jerry. Farah Hana sentiasa menggunakan kelebihannya sebagai pengawas untuk mengenakan Nurul. Tapi Nurul pula menjadikan psikologi sebagai senjata utama sehinggakan tiap apa yang Farah Hana lakukan tidak menjadi. Tapi persoalannya sampai bila mereka harus menyandang gelaran Tom and Jerry? Mampukah mereka berubah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...