Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Thursday, 26 May 2011

Srikandi vs Arjuna~Izza Aripin (Alaf21)

Srikandi vs Arjuna~Izza Aripin
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR17.00


Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih itu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.

Wednesday, 25 May 2011

Kurela Cinta Ini Bertamu~Nuril Bahanudin (Kaki Novel)

Kurela Cinta Ini Bertamu~Nuril Bahanudin
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-74-7
Harga: MYR24.00

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?

Anaknya Anakku Jua~Anariff (Kaki Novel)

Anaknya Anakku Jua~Anariff 
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-78-5
Harga: MYR22.00

Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.

Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.

Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.

Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya.

Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.

Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?
Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua.

Saturday, 21 May 2011

Reza & Puteri Fildza~Ebriza Aminuddin (FP Junior)

Reza & Puteri Fildza~Ebriza Aminuddin
Penerbit: FP Junior
ISBN: 978-967-365-063-7
Harga: MYR10.90

Rezaimen dan rakan-rakan mengembara lagi ke alam fantasi di tapak yang terakhir. Di saat mereka ingin pulang ke rumah masing-masing selepas melawati tapak terakhir, tiba-tiba Rezaimen ditarik masuk ke dalam satu ruang cahaya hitam.

“Bagaimana ni? Kawan-kawan kita dah masuk dalam ruangan hitam itu. Sekarang ini, aku takkan balik tanpa mereka berdua. Kenapa sekejap sangat ruangan hitam itu muncul? Tak sempat kita ikut Falda.” Irisha Myra menggoncang-goncang lengan Dinzly membuatkan pemuda itu tidak mampu hendak berkata apa-apa.

“Aku pun tak tahu kawasan apa yang kita lalu ini. Nampak macam keras. Aku belum bersedia untuk mengembara ke mana-mana.” Dinzly berkata. Wajahnya pucat yang teramat sangat.

“Kau ingat aku bersedia? Sekarang kita harus mencari Falda dan Reza walau apa pun terjadi. Falda! Reza!” suara nyaring Irisha Myra seakan-akan hendak membelah kawasan itu.

Apakah yang sedang menanti mereka di dalam ruangan hitam itu? Mampukah mereka menempuhi cabaran yang dihadapkan kali ini? Ikuti pertempuran mereka dengan Tauk Mean Airin dan Puteri Fildza.

Misteri Paya Bakau~Osman Ayob (FP Junior)

Misteri Paya Bakau~Osman Ayob
Penerbit: FP Junior
ISBN: 978-967-365-063-7
Harga: MYR10.90

“Tolong bebaskan kami,” ujar Chitaya berulang kali. “Kami tak bersalah. Kami tak patut berada dalam kurungan macam ni.”

“Tak salah kata kau?” Brother Joe menanggalkan topi komando dan mengipas badannya yang berpeluh. “Kau orang ni pengintip. Aku tak boleh lepaskan kamu. Lepaskan kau, bermakna rahsia kami akan terbongkar tahu?”

Zahar, Ah Seng dan Chitaya, rakan sepersekolahan yang rapat tetapi datang dari latar belakang kehidupan yang berbeza. Namun perbezaan hidup bukan halangan untuk mereka saling faham memahami dan bekerjasama demi kepentingan bersama.

Misteri hutan paya bakau hanya terungkai apabila mereka menyelongkar ke dalamnya. Satu sindiket bergerak dengan licik dan teratur. Mampukah mereka mengesan sindiket itu? Apa kegiatan sebenar sindiket itu yang menjadikan hutan paya bakau sebagai tempat kegiatan mereka? Selamatkah mereka dari tahanan sindiket yang mencari keuntungan mudah tanpa mempedulikan keselamatan negara dan keharmonian penduduk setempat?

Tuesday, 17 May 2011

Kasih Benar Kasih~Aleya Aneesa (Alaf21)

Kasih Benar Kasih~Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf21
ISBN: 9789831246689
Harga: MYR21.00

Mereka saling tak kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. lalu, mereka mencuba dengan alasan 'dia kosong, aku pun kosong'>

Pertama kali bersua muka, Annura berasa jengkel sedangkan Dinzley bersikap ala-ala kelaki tak berperasaan. Sudahnya seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu dititik yang sama. Namun masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak setiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Saturday, 14 May 2011

Novel Kafe's mini outlet

Kami sudah berpindah masuk ke outlet mini di Taman Tun Perak, Cheras. Perkhidmatan penyewaan novel sudah boleh dilanggani oleh sesiapa yang berminat dan tinggal berdekatan. Stok novel untuk belian dan sewaan sedang ditambah dari semasa ke semasa.



Monday, 9 May 2011

Antara Dendam & Rindu~Rabihah Nur Ridhuan (Buku Prima)

Antara Dendam & Rindu~RABIHAH NUR RIDHUAN
Penerbit: Buku Prima
Harga: MYR 19.90
ISBN: 978-967-0184-68-5
~528 hlm
Tarikh Terbit: 15 Mei 2011

Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam Qistina telah menukar identitinya dan memaksa hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki Sahak sebagai suaminya. Haruskah dia memperdagangkan cintanya? Perlukah dia mengorbankan hatinya? Sanggupkah dia punahkan perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan nasibnya di tangan Luqman Hakim?

Contengan Jalanan~Hlovate (Jemari Seni)



Contengan Jalanan~Hlovate
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-53-1
Harga: MYR21.00


I – Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.

Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

Baju Melayu Hijau Serindit~Syud (Jemari Seni)

Baju Melayu Hijau Serindit~Syud
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-59-3
Harga: MYR19.00

SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah

Thursday, 5 May 2011

Bukan Cinta Monyet~Hasliza Ismail (Kaki Novel)

Bukan Cinta Monyet~Hasliza Ismail (Kaki Novel)
ISBN: 978-967-5067-71-6
Harga MYR19.00

Kamal Ilham hadir ke dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang hanya Kamal Ilham seorang sahaja yang tahu. Hadirnya sebagai anak angkat kepada umi telah membawa sinar bahagia kepada mereka dua beranak.

Lapan tahun Kamal Ilham dan Nurul Suhana terpisah apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, Nurul Suhana yang baru menginjak ke usia tujuh belas tahun mula terusik dengan ketampanan Kamal Ilham. Hati remajanya mula berbunga cinta. Namun, kawan baiknya (Anita) mengingatkannya bahawa perasaan yang sedang memekar di dalam hatinya itu tak ubah seperti cinta monyet. Nurul Suhana pula yakin cintanya itu bukanlah cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh harapan terhadap Kamal Ilham.

Walaupun kedudukan Nurul Suhana agak istimewa di hati Kamal Ilham, dia yakin sayangnya pada Nurul Suhana persis sayang seorang abang kepada adik sahaja. Dia memilih untuk menyedarkan Nurul Suhana dari lena yang indah dengan menyunting Annetalia sebagai tunangnya.
Kecewa dengan pertunangan Kamal Ilham dan Annetalia, Nurul Suhana bertindak menjauhkan diri daripada Kamal Ilham. Tambahan pula dengan kejadian malang yang telah mencacatkan sebahagian tubuhnya. Nurul Suhana tenggelam di lautan kesedihannya yang tidak bertepi.
Mendung tidak selamanya memayungi hidup Nurul Suhana. Alvin hadir menceriakan hari-harinya. Semakin lama hubungan mereka berdua semakin rapat dan mesra. Ini telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Kamal Ilham.

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?

Ops Pintu Hatiku~Noraz Ikha (Kaki Novel)

Ops! Pintu Hatiku~Noraz Ikha (Kaki Novel)
ISBN: 978-967-5067-72-3
Harga: MYR18.00

Eika dan Hakimi merupakan rakan sekelas yang pantang berjumpa. Jika bersua, mereka pasti akan bertekak kerana berpunca daripada kisah silam Hakimi yang tidak disenangi oleh Eika. Timbul keinginan di hati Hakimi untuk memancing hati Eika kerana Hakimi tertarik dengan sikap dan layanan Eika terhadapnya yang tidak seperti rakan-rakan yang lain. Juga kerana rasa tercabar kerana tidak dipedulikan oleh Eika.

Dalam masa yang sama, Eika sering menerima surat misteri daripada PSH yang mengaku menyintai dirinya. Walhal Eika langsung tidak mengenali siapakan PSH itu.

Kewujudan Shahirul Hazami sebagai pasangan kembar Hakimi mengundang salah faham di antara Eika dan Sheila berikutan persamaan pada wajah kedua-dua kembar tersebut. Namun pasangan kembar tersebut masih merahsiakan identiti sebenar. Hakimi hanya memperkenalkan Shahirul Hazami sebagai abangnya sahaja dan bukan sebagai kembarnya. Buat pertama kalinya Eika menerima Hakimi sebagai sahabat.

Selepas lima tahun mereka dipertemukan kembali. Pertemuan ini menyemarakkan lagi perasaan masing-masing sehingga akhirnya mereka jatuh cinta. Namun, kehadiran Tengku Anis akhirnya berjaya merobohkan benteng kepercayaan Eika terhadap Hakimi. Dengan bantuan seseorang, Tengku Anis merancang untuk menghapuskan Eika agar Eika tidak lagi menjadi penghalang kepada cintanya terhadap Hakimi. Malangnya, rancangan yang diatur oleh Tengku Anis tidak berjalan dengan lancar kerana rancangannya untuk menghapuskan Eika telah membuatkan Hakimi hilang ingatan. Perasaan dendam Tengku Anis bertambah kuat apabila cinta Hakimi kepada Eika terus wujud meskipun telah kehilangan ingatan.

Cinta Eika dan Hakimi bertambah mekar. Namun keintiman tersebut membawa keresahan kepada keluarga Eika. Kemunculan Dato’ Zaiful Anuar dan Datin Alleeya memaksa mereka untuk membongkar rahsia identiti Eika yang telah tersimpan sekian lama.
Dapatkah Eika menerima identiti sebenarnya? Bagaimana pula dengan Tengku Anis? Dapatkah dia memiliki hati Hakimi? Siapa sebenarnya PSH itu?

Monday, 2 May 2011

Trinovel Jun Alaf 21 Bukan Kerana Sayang~Amiza Anaz

Bukan Kerana Sayang~Amiza Anaz
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR21.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...