Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

Loading...

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Thursday, 5 May 2011

Bukan Cinta Monyet~Hasliza Ismail (Kaki Novel)

Bukan Cinta Monyet~Hasliza Ismail (Kaki Novel)
ISBN: 978-967-5067-71-6
Harga MYR19.00

Kamal Ilham hadir ke dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang hanya Kamal Ilham seorang sahaja yang tahu. Hadirnya sebagai anak angkat kepada umi telah membawa sinar bahagia kepada mereka dua beranak.

Lapan tahun Kamal Ilham dan Nurul Suhana terpisah apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, Nurul Suhana yang baru menginjak ke usia tujuh belas tahun mula terusik dengan ketampanan Kamal Ilham. Hati remajanya mula berbunga cinta. Namun, kawan baiknya (Anita) mengingatkannya bahawa perasaan yang sedang memekar di dalam hatinya itu tak ubah seperti cinta monyet. Nurul Suhana pula yakin cintanya itu bukanlah cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh harapan terhadap Kamal Ilham.

Walaupun kedudukan Nurul Suhana agak istimewa di hati Kamal Ilham, dia yakin sayangnya pada Nurul Suhana persis sayang seorang abang kepada adik sahaja. Dia memilih untuk menyedarkan Nurul Suhana dari lena yang indah dengan menyunting Annetalia sebagai tunangnya.
Kecewa dengan pertunangan Kamal Ilham dan Annetalia, Nurul Suhana bertindak menjauhkan diri daripada Kamal Ilham. Tambahan pula dengan kejadian malang yang telah mencacatkan sebahagian tubuhnya. Nurul Suhana tenggelam di lautan kesedihannya yang tidak bertepi.
Mendung tidak selamanya memayungi hidup Nurul Suhana. Alvin hadir menceriakan hari-harinya. Semakin lama hubungan mereka berdua semakin rapat dan mesra. Ini telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Kamal Ilham.

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...