Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Wednesday, 29 June 2011

Takkan Melupakanmu~ROSA NUR IMANI (Buku Prima)

Takkan Melupakanmu~ROSA NUR IMANI
Harga:MYR 25.90
ISBN: 978-967-0184-77-7
~624 hlm
Tarikh Terbit: 8 Jul 2011

Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada Manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Kalau Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki. Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lalu tega menggores hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri.

Semilir Rindu Berlagu~Millie Nazri (Fajar Pakeer)

Semilir Rindu Berlagu~Millie Nazri
Penerbit: Fajar Pakeer
Harga: MYR
Keluaran: Julai 2011


Hanani sering terkeliru antara perasaan sayang dan cinta terhadap Fakhrur Raziz dan Syed Zaqimi yang sering mendambakan ungkapan cinta daripadanya. Dalam kekeliruan untuk membuat pilihan, dia sentiasa disapa mesra oleh Ilham Pujangga yang dikenalinya di alam maya. Tanpa sedar, kepulangan Rifa’iel, rakan kecilnya, mula mengocak perasaan.

“I suka orang macam you, ada ciri-ciri kewanitaan, keibuan, pandai menjahit, memasak, beragama...”

“Yalah tu, belum dapat semua baik dan sempurna. Nanti, bila dah kahwin, semua habis terbang.”

Hanani yakin, keputusannya bulat, Fakhrur Raziz adalah penawar rindunya, tempat untuk dirinya menaburkan rasa cinta tanpa rasa ragu. Namun, kebahagiaan mereka mula berkocak saat kelopak kebahagiaan mula menjelma. Dengan rela hati dia mula menerima kedatangan Rifa’iel sebagai pelindung diri. Tetapi, rayuan dan kata cinta yang sering diungkap oleh Syed Zaqimi, sering buat hatinya gundah dan gulana.

Dalam kegusaran untuk memilih siapakah yang bakal menduduki istana kasihnya, Hanani mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah. Memohon agar hatinya ditetapkan. Siapakah yang berjaya memiliki hati kudus seorang wanita yang bernama Hanani? Berjayakah Syed Zaqimi atau Rifa’iel dalam merebut kasih Hanani? Siapakah pemilik di sebalik nama Ilham Pujangga? Akan adakah semilir rindu yang berlagu dalam hati Hanani?

Maknakanlah Cinta~Rohani Abd Aziz (Fajar Pakeer)

Maknakanlah Cinta~Rohani Abd Aziz
Penerbit: Fajar Pakeer
Harga: MYR
Keluaran: Julai 2011

Afiqa terasa amat dikhianati oleh Aiman. Dugaan dan gangguan yang diterimanya bukan sedikit. Lalu, Nur Afiqa mencurah emosi dan duka lara kepada Shahrizal, teman yang lebih dahulu dikenalinya berbanding Muhammad Aiman.

“Itulah, bodoh sangat. Mangkuk! Eh, jangan nak jadi bodohlah...”

Kata-kata lelaki yang ego lagi angkuh itu sering membuatkan air mata Afiqa gugur. Aiman pula semakin hari semakin bertindak di luar jangkaan Afiqa. Sungguh tak dijangka dia akan bertindak nekad. Mana perginya Aiman yang rasional, yang berhemah suatu ketika dulu? Benar, cinta membuatkan seseorang hilang pertimbangan diri. Baik Aiman mahupun Shahrizal.

Nur Afiqa, will you marry me? Saya tunggu sehingga awal Muharam untuk mengambil keberkatan bulan hijrah ini. Saya mengharapkan sinar bahagia buat saya.

Sesungguhnya, Allah telah mengangkat hasrat yang terpendam di hati Afiqa. Dia yang Maha Mengetahui telah melorongkan dengan isyarat selepas sujud istikharah yang dilakukan oleh Afiqa dan lelaki yang telah diutuskan oleh-Nya. Adaptasi semangat hijrah menyerlahkan lagi kebahagiaan dalam mengenal erti penghayatan sebenar kehidupan yang menanti dengan tenang di hadapan.

Kalau Sudah Sayang~Fieyza Fadlina (Fajar Pakeer)

Kalau Sudah Sayang~Fieyza Fadlina
Penerbit: Fajar Pakeer
Harga: MYR19.00
Keluaran: Julai 2011

Tanpa kenal, Ariff Zulkarnain dan Maisarah Ernieza disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan.

“Aku sebenarnya sudah ada pilihan sendiri. Tapi disebabkan kau, pilihan hati aku ditolak mentah-mentah oleh ibu dan abah. Aku terpaksa terima kau. Aku tak ada sekelumit pun perasaan terhadap kau!”

Kata-kata Ariff Zulkarnain pada Maisarah Ernieza membuatkan Maisarah Ernieza sedar diri. Dia tahu siapa dirinya. Dia sedar, dirinya tidak setanding Ariff. Masakan pipit sepertinya boleh terbang bersma Ariff, si enggang yang angkuh. Tuntutan tugas Ariff yang sentiasa berada di laut membuatkan hubungan mereka yang sudah renggang, bertambah renggang.

Perkhabaran buruk yang menimpa Ariff telah membuatkan Maisarah mendapat kembali statusnya sebagai isteri orang. Namun, kebahagian yang diimpikan berkekalan hingga ke akhir hayat tidak terjadi. Apa yang terjadi seterusnya? Kenapa hubungan baik itu terpaksa diputuskan? Adakah sayang yang mula bercambah dalam diri dapat disempurnakan? Atau, perasaan itu harus dikuburkan?

Saat hati Merelakan~Emma Rusdi (Fajar Pakeer)

Saat hati Merelakan~Emma Rusdi
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-071-2
Harga: MYR20.00

Wes dan Qismyna, masing-masing punya kisah silam. Kisah percintaan yang tidak bisa diluputkan daripada ingatan. Wes yang masih mencintai Farahymma terus mengejar cinta gadis itu. Qismyna yang masih belum melupakan Adam terus cuba membuang lelaki itu daripada hatinya.

Dalam mereka cuba meneruskan kehidupan, tanpa disedari, mereka telah dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangka. Sehingga memaksa untuk mereka hidup sebagai suami isteri, hanya dengan pertemuan beberapa minit.

“Kalau saya jatuh cinta dengan awak, saya akan potong rambut saya hingga paras telinga.”

“Baiklah, saya pula akan hias setiap sudut bilik dengan bunga matahari. Itu tandanya saya telah jatuh cinta pada awak.”

Itu perjanjian yang dilakukan antara Wes dan Qismyna. Biarpun perkahwinan mereka tanpa kehendak hati, namun perkahwinan itu tetap diteruskan. Demi maruah keluarga, dalam tempoh tertentu. Saat hati mula merelakan, muncul Farahymma sebagai penghalang, muncul Adam ingin mengotakan janji.

Qismyna mula tersepit dengan perasaan sendiri. Wes berbelah bahagi antara janji yang dibina dan perasaan yang mula timbul. Apakah Qismyna dan Wes akan terus bersatu? Bertahan lamakah perkahwinan tanpa sengaja antara mereka berdua? Akan adakah antara mereka yang akan merelakan segalanya? Saat hati merelakan, sebarang kemungkinan bisa berlaku. Pahit atau manis, akan direlakan segala.

Hadirnya Dia~Eizda Amani (Fajar Pakeer)

Hadirnya Dia~Eizda Amani
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-070-5
Harga: MYR18.00

Najihah Syifa membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu. Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah. Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.

“Nasib baik muntah biasa. Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi.”

Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL. Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu. Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.

“Syifa… saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?”

Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan lidah Syifa kelu. Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuzi, yang terlebih dahulu melamarnya.

Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya? Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa, lebih dulu hadirnya?

Sumpahan Dewi Bumi~Cempaka Meerniz (Fajar Pakeer)

Sumpahan Dewi Bumi~Cempaka Meerniz
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-072-9
Harga: MYR19.00

“Sumpahan Dewi Bumi tidak dapat dihindari lagi. Darah telah menitis ke bumi dan saat darah itu menyentuh lantai bumi, sumpahan Dewi Bumi sukar untuk dihalang…”

Lara tidak menyangka kehadiran dia dan teman-temannya di rumah itu mengundang petaka. Sejarah silam yang terungkap meminta nyawa teman-temannya sebagai ganti. Lara juga tidak menyedari bahawa dia adalah susur galur daripada keturunan Mbah Suri yang terkenal sebagai penentang ilmu hitam dari dunia ghaib. Telah termaktub dalam hidupnya, dia adalah waris terakhir yang dapat menghapuskan segala sumpahan itu.

“Anak manis yang cantik! Diari itu akan mengungkap banyak rahsia. Anak akan tahu apa sebenarnya yang telah terjadi di rumah ni. Tolonglah ibu yang malang ini, anakku! Sumpahan ini harus ditamatkan. Kalau tidak, ramai lagi anak gadis yang akan menjadi mangsa. Tolonglah ibu! Tolonglah ibu!”

Tanpa diduga juga, Lara dipertemukan dengan Wirana, jejaka yang telah lama menunggu kehadirannya dan mendambakan cintanya. Lara juga terpaksa mengharungi suka duka kehidupan setelah dia dituduh membunuh teman-temannya dengan kejam. Namun, dia yakin pembunuhan itu dilakukan oleh lima jejaka yang terdapat di dalam potret itu.

Apakah Lara berjaya menghapuskan sumpahan itu? Adakah Wirana akan mendapat cinta Lara semula setelah beratus tahun dipisahkan?

Monday, 27 June 2011

Nuansa Kota Merah~Khairyn Othman (Jemari Seni)

Nuansa Kota Merah~Khairyn Othman
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-62-3
Harga: MYR20.00
Tarikh terbit: 27 Jun 2011

Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

Babak 1:
Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!

Babak 2:
Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.

Babak 3:
Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”

Selamat Tinggal Sayang~Ma Lee Chuswan (CESB)

Selamat Tinggal Sayang~Ma Lee Chuswan
Penerbit: Creative Enterprise
Harga: MYR22.90 (harga baharu kerana menggunakan kertas putih)
Mukasurat: 440 


Sinopsis:

Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...

Friday, 24 June 2011

Bening Merah Jingga~Nazurah Aishah (Jemari Seni)

Bening Merah Jingga~Nazurah Aishah
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-63-0
Harga: MYR20.00 

Andai benar cinta, cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu dengan sia-sia!

Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah?

Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.


Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?


Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?

Andai benar cinta

cintailah dia dengan hatimu yang tulus

Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu

dengan sia-sia!

Hanya Dia Sufi~Lili Norlaili (Jemari Seni)

Hanya Dia Sufi~Lili Norlaili
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-987-5118-64-7
Harga: MYR19.00 

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”
ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk dia mentadbirnya.

Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.

Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati?

Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”

Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu.

Thursday, 23 June 2011

Gelora~Ma Lee Chuswan (Kaki Novel)

Gelora~Ma Lee Chuswan
Penerbit: Kaki Novel
Harga: MYR17.00
ISBN: 978-967-5067-82-2
Tarikh terbit: Julai 2011


Adam  dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato’ Mustaffa setelah ayahnya yang bekerja di syarikat Dato’ Mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat. Setelah menganakangkatkan Adam yang ketika itu berusia enam tahun, isteri Dato’ Mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan Mila Nur Adam.

Meningkat dewasa, Adam menjadi orang harapan Dato’ Mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa. Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli-ahi korporat. Malangnya Mila pula merasakan kehadiran Adam membayangi hidupnya.

Jarak umur memisahkan Mila dan Adam. Adam bagakan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna. Pergerakan dan pergaulan Mila sentiasa dikawal. Sebagai seorang gadis remaja, Mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh Adam. Mila merasa tertindas. Dia merasakan Adam seolah-olah ingin merampas kedudukannya di sisi Dato’ Mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit-bibit kebencian di hatinya terhadap Adam.

Tidak berdaya dan ingin bebas dari cengkaman Adam, Mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian. Dia berusaha menyaingi Adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh Adam. Namun Adam tetap seperti dulu – berkarisma, kental dan sukar digugat. Kegagalan Mila untuk mengatasi Adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.

Tanpa pengetahuan Mila, ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan Adam di dalam sebuah perkahwinan. Mila membantah, tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan Adam, Mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan Adam yang dianggap bagaikan duri di dalam daging.

Bagi Adam, perkahwinan di antara dia dan Mila umpama mimpi menjadi nyata. Namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai. Mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja di hati. Tiada kasih yang disemai di istana mereka. Segalanya gersang. Adam hanyalah suami pada nama. Mengharap kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur. Tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama, Adam bertahan. Namun kesabaran manusia ada batasnya. Benteng kesabaran Adam akhirnya roboh ditunda Mila. Demi kebahagiaan Mila, Adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.
Malangnya setelah kehilangan Adam, barulah Mila menyedari kesilapannya selama ini. Barulah dia sedar bahawa lelaki yang dibencinya selama ini adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar mencintainya. Akibat khianat, fitnah dan hasad dengki orang ketiga, dia jadi buta hati. Dia menyesal kerana sikap buruknya selama ini terhadap Adam. Malangnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap Adam kini membakar diri. Tanpa Adam dunianya hambar. Namun sudah terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Adam yang dituduhnya bersikap tamak, ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang….

Syurga Di Wajahmu~Laila Hanni (Kaki Novel)

Syurga Di Wajahmu~Laila Hanni
Penerbit: Kaki Novel
Harga: MYR20.00
ISBN: 978-967-5067-79-2
Tarikh terbit: Julai 2011


Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan  Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya  bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah  memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam? Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam? Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di Wajahmu ada kesudahannya.

Wednesday, 22 June 2011

Cinta Kontrak~Nurul Ain Syuhada (Karya Seni)

Cinta Kontrak~Nurul Ain Syuhada
Penerbit: Karya Seni
Harga : MYR20.00

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Tuesday, 21 June 2011

Kemahuan Hati~Fida Rohani (Alaf21)

TRINOVEL JUN 2011
Kemahuan Hati~Fida Rohani
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR19.90


Sinopsis

NADIA terpinggir di rumah anak-anak yatim. Berpuluh tahun dia terpisah daripada keluarga setelah kematian ibu. Dia kembali menjejak darah daging yang menghilang entah ke mana. Hanya itu impiannya sejak dulu.

Sebagai manusia, dicurahkan kasih sayangnya pada anak-anak jiran yang kehilangan ibu. Kemesraan mereka menambat hati si ayah. Roslan mahu melamar Nadia sebagai pengganti arwah isterinya. Namun, Nadia ketepikan soal perasaan. Baginya, impian bertemu keluarga melebihi segala-galanya.

Latif pula sudah lama menaruh hati pada Nadia sejak mereka sama-sama menghuni rumah anak-anak yatim. Cinta itu dibawa hingga ke dewasa. Ketika kata cinta dilafazkan, Nadia tetap memberi jawapan yang sama seperti Roslan.

Makna cinta bagi Nadia adalah ketulusan. Siapa jua jodohnya, hanya ALLAH Yang Maha Mengaturkan. Impian itu harus diburu terlebih dulu kerana ada isi sejarah keluarganya yang dia perlu tahu.

Saturday, 11 June 2011

SEJAM RM2.50~NORHAYATI BERAHIM (NB KARA)


SEJAM RM2.50~NORHAYATI BERAHIM
Penerbit: NB Kara
ISBN: 978-967-5229-25-1
HARGA: MYR29.00 

“Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali.” “Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang kejar dia!” Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerna lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri! “Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh bilion!”
“Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun.” Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Hara menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu. ‘ Aku hairn sungguh kau ni.” “Hairan apanya?”
“Apa yang kau benc dangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mugkin ribuan wanita yang amahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionair!” Bodoh! Mahu sahaja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaj yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tiadak sebodoh itu! Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencariknya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakan yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?

SAMBAL KERANG NAJWA~NORHAYATI BERAHIM AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH~KUSYI HIRDAN (NB KARA)


SAMBAL KERANG NAJWA~NORHAYATI BERAHIM
AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH~KUSYI HIRDAN
Penerbit: NB Kara
ISBN: 978-967-5229-27-5
HARGA: MYR25.90 

SAMBAL KERANG NAJWA
Mesti seronok melihat kerang yang banyak. Toleh kiri kerang, toleh kanan kerang. Wah! Mesti tidur pun atas keranf dan makan kerang sambil berbaring. Najwa memasang senyum! “Najwa, jom kita pergi rumah eng! Kita pilih kerang dan bakar. Cicah dengan kicap dan air asam. Mesti sedap, kan?” Firdaus sudah menean liur. Padan sangatlan mereka berdua ni! Suka sangat makan kerang! Mawar suka juga makan kerang, tetapi tidaklah keterlaluan. Kalau ada, dia makanlah, tetapi tidaklah sampai menelan liur maca Firdaus. “Kau orang berdua ni, kan... teruk sungguh! Esok-esok kalau kau ornag berkahwin, aku dengan Seng buatkan kau orang pelamin dari kerang!”
“Aku tuntut janji kau!”


AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH
“Ingat, Mazwin. Awak selalu kata, nak jadi seperti Rabiatul Adawiyah. Hah, sekaranglah mmasanya. Rabiah insan yang mudah memaafkan... Jadilah seperti itu, Mazwin.” Mazwin menggelang-geleng. Dia tidak boleh melupakan kelukaan di hatinya kerana dipaksa melupakan Badrul selepas 10 bulan lelaki itu pergi menghadap Ilahi. Oh, dia tidak boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Dia gagal.

DARI KERANA MATA~NORHAYATI BERAHIM (NB KARA)


DARI KERANA MATA~NORHAYATI BERAHIM
Penerbit: NB Kara
ISBN: 978-967-5229-22-0
HARGA: MYR28.00 

Bolehkan dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok ke pokok dan pergi tanpa apa-apa rasa?
Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang datang dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari. Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikhianati dan wlau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

VIVA SAKURA~ZULIANA ABUAS (NB KARA)


VIVA SAKURA~ZULIANA ABUAS
Penerbit: NB Kara
ISBN: 978-967-5229-04-6
Harga: MYR21.00 

Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam..

Majalah Komik Upin Ipin

Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90

Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90



Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90



Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90



Majalah Komik Upin Ipin
Isu Bumper
Harga: MYR9.90


Majalah Komik Upin Ipin
Harga: MYR4.90

*kualiti kulit majalah kurang memuaskan kerana majalah ini berbalut dengan plastik semasa diimbas :D

Friday, 10 June 2011

Upin Ipin Buku Aktiviti

Mari Mewarna vol. 1
Harga: MYR3.90

Mari Mewarna vol. 2
Harga: MYR3.90



Buku Aktiviti vol. 1 Haiwan
Harga: MYR6.90

Buku Aktiviti vol. 2 Sukan
Harga: MYR6.90


Buku Aktiviti vol. 3 Pantun
Harga: MYR6.90


Jom Solat
Harga: MYR12.00

*kualiti gambar kurang memuaskan kerana buku ini dibalut dengan platik semasa diimbas :D

Wednesday, 1 June 2011

Cantiknya Si Comot~Miazal Zahra

Cantiknya Si Comot~Miazal Zahra
Penerbit: Karya Seni
Harga: MYR19.00

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

Nurul Laila Suria~FATIHAH PAUZIHAL

Nurul Laila Suria~FATIHAH PAUZIHAL
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-61-6
Harga: MYR21.00 
Tarikh terbit: 10 Jun 2011

Nurul, Laila dan Suria, akrab sejak di bangku sekolah. Namun sudah tertulis, haluan mereka memang berbeza. Hampir sedekad berlalu, takdir sekali lagi menemukan mereka. Tiga wanita membawa tiga cerita cinta...

Nurul
Bukankah wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik? Lalu dia nekad melarikan diri ke negara jauh. Tapi, di situ ada lelaki yang menunggu. Siapa yang terbaik untuknya? Atau dia harus memilih sahabat yang setia waktu senang atau susahnya itu?


Laila
Mereka pernah hampir maut bersama. Bukankah itu bukti cintanya? Hatinya tawar, biarlah cinta itu lerai. Yang penting ada nyawa yang harus diselamatkan. Tapi, haruskah dia menolak lagi sekiranya cinta hadir di hadapan mata?

Suria
Saat hatinya remuk, Fahmi datang menghulur cinta. Tapi, mengapa hati sukar benar untuk menerimanya? Mengapa, saat hati mula dibunga rasa cinta, dugaan demi dugaan datang menimpa?

Jangan Sebut Namaku~NOORFADZILLAH

Jangan Sebut Namaku~NOORFADZILLAH
Penerbit: Buku Prima
Harga: MYR22.90
ISBN: 978-967-0184-70-8
~576 hlm
Tarikh Terbit: 15 Jun 2011

Persaingan Engku Aleeyah dan Isabella demi merebut kasih Luqman tidak pernah surut. Engku Aleeyah, gadis Melayu sanggup melakukan apa sahaja demi mengikat kasih Luqman. Isabella gadis pemikir bebas, bermata runcing tidak ingin mengalah. Sehinggalah Isabella hilang ditelan bumi di Hutan Kalawari. Lima tahun selepas tragedi itu, sesuatu telah kembali menghantui mereka selepas selesai majlis malam reunion di sebuah hotel terkemuka. Satu demi satu teman-teman Luqman dan Engku Aleeyah hilang setiap kali bulan purnama penuh. Kehadiran Fatimah Az-Zahra menambahkan lagi kebuntuan pihak polis apabila maklumat yang cuba disampaikannya tidak logik dek akal. Apakah yang terjadi di sebaliknya?

Izad Menjejak Pewaris Kasyorga~Elee Mardiana

Izad Menjejak Pewaris Kasyorga~Elee Mardiana
Penerbit: Buku Prima
Harga: MYR15.90
ISBN: 978-967-0184-50-0
~384 hlm
Tarikh Terbit: 17 Jun 2011

IZAD, SAMRIN, NAINA DAN ELLA VI TERJERUMUS KE DALAM SEBUAH TEROWONG MAUT. BAHKAN, MEREKA TELAH TERPEROSOK JAUH KE DALAM PERUT BUMI! IZAD TURUT TERPAKSA BERLAWAN DENGAN RAKSASA JADIAN DAN ULAR YANG SENTIASA MEMATUK-MATUK TUBUH MEREKA. DI SAMPING ITU, PENGHUNI PERUT BUMI TURUT MEMANGGIL IZAD DENGAN PANGGILAN TUANKU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...