Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Friday, 29 July 2011

Kau Ditakdirkan Untukku~Gee Muszisya (Karya Seni)

Kau Ditakdirkan Untukku~Gee Muszisya
Penerbit: KaryaSeni
Muka Surat : 528
Harga: MYR19.00


Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama.

Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.

"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?

Thursday, 21 July 2011

Promosi 10% diskaun

Novel Kafe di AyatAyatcinta.net


Tuesday, 19 July 2011

Yes Boss!~Areila Sahimi (Kaki Novel)

Yes Boss!~Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-81-5
Harga: MYR19.00 

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Bila Cinta~Suria Fatin (Kaki Novel)

Bila Cinta~Suria Fatin
Penerbit: Kaki Novel
Harga: MYR17.00
ISBN: 978-967-5067-76-1

Fatin:
Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm… aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu… luahkan! Kalau tidak… kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena reject? Tolong la… walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.

(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! CINTAkah aku pada kau? Kalau betul, BILA?)

Hafez Azfar:
Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang pronunciation? Dia yang tak ubah seperti caffeine! Tapi tu la… macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez, kalau benar aku menjadi penghalang.

(Aku telah jatuh CINTA padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak BILA. Aku sendiri tak pasti.)

Haikal Azlan:
Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?

(BILA semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda CINTA baru bermula?)

Friday, 15 July 2011

Takdir Fitrah Terindah~Hanis Azla (Buku Prima)

Takdir Fitrah Terindah~Hanis Azla
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-76-0
~608 hlm
Tarikh Terbit: 20 Jul 2011


Lahirnya entah dari rahim siapa? Hadirnya ke dunia bukan suatu harapan lantaran tanpa belas kasihan dirinya ditinggalkan. Dia dibenci dan disisih hanya kerana dirinya anak terbuang yang dikutip orang. Entah apalah dosanya sehingga sesetengah orang merasa tidak senang untuk menerima kehadirannya dalam kehidupan mereka? Cinta dan kebahagiaan mungkin bukan miliknya. Cinta pertamanya tercicir di tengah jalan lantaran kekasih hati beralih kasih setelah cinta mereka tidak mendapat restu. Cinta seterusnya yang ditentang membuatkan dia akur dengan suratan takdir. Biarlah jodoh datang sendiri. Jodoh yang hadir bermula dengan episod duka. Pernikahan yang diatur oleh keluarga lelaki itu membuatkan hidupnya yang sebatang kara bertambah terluka. Kesan dari kisah hidupnya yang terbuang dan menumpang juga kisah cinta yang kecundang membuatkan dia sering merasakan dirinya serba kekurangan.Perasaannya terus huru hara bila cinta mula hadir dalam hatinya untuk sang suami yang langsung tiada hati padanya.

Wednesday, 13 July 2011

Kadar kenaikan caj Pos Laju

Bermula 15 Julai 2011,  kadar surcaj bahan api bagi servis perkhidmatan Poslaju akan dinaikkan kepada 15%  bagi hantaran domestik dan antarabangsa. Caj pengendalian  pula masih kekal pada kadar 10% dari jumlah pengeposan.

Contah Pengiraan  Jumlah Keseluruhan Caj Pengeposan Bagi Zone 2 .


Berat item                       : 0.500kg
Zone                                : 2
                                                             
Caj pengeposan                 :RM4.50
15% surcaj bahan api          :RM0.68   (RM4.50 x 15%)
10% caj pengendalian          :RM0.45   (RM4.50 X 10%)
Sub total                          :RM5.63
6% GST                             :RM0.34   (RM5.63 x 6%)
Sub Total                         : RM5.97
Rounding Adj.                   :(RM0.02)
Total                               :RM5.95

Terima kasih

Nota: maklumat diperoleh daripada emel yang dihantar oleh pihak Pos Laju Kajang.

Thursday, 7 July 2011

BONUS JULAI Uda dan Dara~Aisya Sofea (Alaf21)

BONUS JULAI ALAF 21
Uda dan Dara~Aisya Sofea
Harga: MYR22.00
Halaman: 560
ISBN: 978-983-124-695-5

Sinopsis:

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Trinovel Julai Cinta Pandang Ke-2~Laila Kamilia (Alaf21)

Cinta Pandang Ke-2~Laila Kamilia
Penerbit: Alaf21
Harga:RM22.00
Halaman: 576
ISBN: 978-983-124-691-7

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Trinovel Julai Berita dari Hati~Nurassyi Rashid (Alaf21)

Berita dari Hati~Nurassyi Rashid
Penerbit: Alaf21
Harga: RM17.00
Halaman: 448
ISBN: 978-983-124-703-7

Sinopsis:
Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.
Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

Trinovel Julai Setia ke Hujung Nyawa~Fatin Nabila (Alaf21)

Setia ke Hujung Nyawa~Fatin Nabila
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR19.90
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-699-3

Sinopsis:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah ╩╗menyentuh╩╝ isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukum an ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Tuesday, 5 July 2011

Melankolik Cinta~Sheila Husain (Buku Prima)

Melankolik Cinta~Sheila Husain
Harga: MYR19.90
ISBN: 978-967-0184-88-3
~524 hlm
Tarikh Terbit: 15 Jul 2011


Membesar tanpa kasih sayang ibu bapa tidak menghalang Ayu Alenda mencapai impian untuk menggenggam segulung ijazah. Kehadiran Imran Qaiser yang memujanya sejak dari sekolah menyimpan seribu satu rahsia cinta yang belum terungkai. Kemunculan ayah, ibu dan adiknya, membuatkan Ayu Alenda membawa diri ke bumi asing. Lantaran kecewa dengan pemergian ibunya dan rasa terasing tatkala dikecualikan daripada menerima harta pusaka ayahnya, Ayu Alenda terus menyepi kerana tidak mahu maruah lelaki yang disayanginya tercalar dek kerana status dirinya yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Dapatkah Ayu Alenda mengubah persepsi masyarakat sekeliling bahawa insan sepertinya juga berhak mengecapi bahagia seperti insan lain?

Kasih Yang Suci~Meen Zulaikha (Alaf21)

Kasih Yang Suci~Meen Zulaikha
Penerbit: Alaf21
Harga: RM 19.90
ISBN: 983-124-272-6
Halaman: ~572
Tarikh Terbit: 21 Feb 2007


Sinopsis

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk ''Kasih Yang Suci'' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...