Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Sunday, 21 August 2011

PILIHAN NOVEL KAFE: Pemuja Rahsia~Ilmar Imia (One Nusantara)

Pemuja Rahsia~Ilmar Imia
Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd
ISBN 978-967-5270-82-6
Harga: RM16.00

"Orang macam kau pun tahu lepak ke?” tanya Krisya Norsabrina selamba.

“Maksud kau?” Dahi pemuda itu berkerut. Tidak mengerti maksud soalan yang dilontarkan oleh Krisya Norsabrina.

“Yalah, aku ingatkan kau mat skema, 24 jam berkepit dengan buku aje. Tak tahu bersosial,” ujar Krisya Norsabrina jujur. Apa yang terlintas di benaknya, itulah yang dilontarkan di mulutnya.

“Apa yang kau nampak tu tak semestinya betul. Kalau kau nak tahu, aku pun layan Petir juga. Bukan setakat Petir, Meet Uncle Hisyam, Missing Coin dan Bittersour pun aku minat.”

“Serius?”

“Kenapa? Tak boleh?”

“Taklah, cuma tak percaya aje,” Krisya Norsabrina tersenyum segaris.


Sinopsis:

Meminati seseorang dalam diam adalah perkara biasa bagi pelajar-pelajar sekolah. Namun, bagaimana jika orang yang dipuja itu menjadi idaman ramai? Perlukah dia bersaing bagi merebut perhatian si idaman?

Tuesday, 16 August 2011

Kuseru Rindu Itu~Hanni Ramsul (Kaki Novel)


Kuseru Rindu Itu~Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-83-9
Harga: RM 26.00

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

Aku Bukan Mistress~Acik Lana (Kaki Novel)


Aku Bukan Mistress~Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-84-6
Harga: RM 22.00

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Sunday, 14 August 2011

Dan Hati Pun Berkata~Nurriez (Karya Seni)


Dan Hati Pun Berkata~Nurriez
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM18.00

ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.

"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."

"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."

"Kalau Irra lari jugak?"

"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"

"Irra tak nak masuk lubang cacing!"

"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"

RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.

"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang…?"

"Sudi, tapi bersyarat."

"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"

"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."

"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"

Dia yang Kunikahi ~ Iqbal Syarie (Jemari Seni)


Dia yang Kunikahi ~ Iqbal Syarie
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-0201-18-4
Harga: RM19.00 

Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati ayah ibu. Tapi... aku nak 'produk siap'. Jika diberi pilihan, Adam Johari mahu gadis yang sudah ditarbiahkan, sudah alim, dan sudah siap dibimbing. Logiknya, akan memudahkan dan pasti membantunya dalam mewujudkan keluarga dakwah dia impi-impi selama ini.

"Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin. Ustaz faham maksud ana?" Itulah yang dia katakan pada murabbinya.

"Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang sudah pun berdiri di medan juang, bukannya sedang baru mahu bersiap. Kan?"

Adam Johari mengangguk.

"Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah Ferrari mewah dengan sebuah van terpakai, yang mana enta pilih?" tanya Ustaz Mujib.

Johari terdiam sebentar. "Sudah tentulah Ferrari mewah!"

"Sebab?"

Ikhlas, A.K!~Nirrosette (Jemari Seni?


Ikhlas, A.K!~Nirrosette
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-65-4
Harga: RM21.00 

Kata Adam Khalis:
Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.

Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!

Kata Orang:
… opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see!  … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!

Grrr... Geramnya!~Feeza (Jemari Seni)


Grrr... Geramnya!~Feeza
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-66-1
Harga: RM21.00 

“Gaji awak naik berapa?”

“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.

Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.

“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.

“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.

“Apa???”

Senario 2:

Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya. “Lama lagi ke?” Grrr... aku menahan marah.

“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.

Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”

Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.

Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.

Suatu hari...

“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”

Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.

“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!

Tanya Sama Hati~Rehal Nurharis (Fajar Pakeer)


Tanya Sama Hati~Rehal Nurharis
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-085-9
Harga: RM18.00


“Kenapa kau kena ada tiap kali aku ada masalah?”
“Kau ingat tak kau pernah cakap yang lelaki impian kau macam ayah kau. Ayah kau selalu ada bila kau ada masalah, jadi aku cuba nak jadi macam ayah kau.”
“Tapi untuk apa?”
“Sebab aku cuba jadi lelaki impian kau.”

Status tunang Badri menjadi alasan untuk Tisya tidak menerima Fezrul walaupun hakikat sebenar dia tidak lagi menganggap diri sebagai tunang kepada lelaki itu. Namun apabila melihat Fezrul bersama Wawa mahupun Linda Hangat, entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang. Kata Haiza dia diserang penyakit C dan C kuasa dua. Cinta dan cemburu.

Seperti kata Haiza juga, Tisya dan Fezrul umpama kucing dan anjing, bukan boleh berbaik lama-lama, pasti kemudiannya akan bercakaran. Mungkin juga mereka memang sudah ditemukan untuk bercakaran. Tetapi percakaran itulah yang membuatkan mereka semakin mesra sehinggakan kalau sehari tidak bertikam lidah mulalah terasa ada yang tidak kena.

Saat hati Tisya selesa dengan kehidupan barunya dan melupakan kisah hitam itu, tiba-tiba Badri muncul semula. Hadir untuk menebus kesalahan lampau dan meneruskan ikatan mereka, seperti yang telah dirancang keluarga. Melihatkan perubahan Badri, sedikit sebanyak Tisya kebuntuan. Tambahan dia semakin terhimpit dengan masa dan paksaan si ibu.

Benarkah Badri jodohnya kerana bersama Badri dia lebih banyak berdiam diri, tapi apabila bersama Fezrul, dia begitu bebas dalam pertuturan dan tingkah laku termasuk bebas untuk menendang kaki lelaki itu? Apakah kata-kata tanya sama hati yang sering diungkapkan kepada Fezrul itu perlu Tisya tanyakan kepada diri sendiri?

Perjanjian Berdarah~Remy Ikmal (Fajar Pakeer)


Perjanjian Berdarah~Remy Ikmal
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-084-2
Harga: RM20.00

Pak Long Jenal bersama Pak Bakar membaca mantera sambil memuja botol yang berisi minyak dagu mayat Rokiah itu. Pak Long Jenal berkali-kali menyeru nama Rokiah sambil matanya membuntang memandang ke arah botol minyak itu. Setelah lama menyeru akhirnya minyak itu bersuara. Pak Long Jenal tersenyum. Usahanya telah berjaya. Dalam dunia ilmu hitam, bunyi yang dikeluarkan oleh minyak itu ialah suara qarin.

Kehadirannya adalah sebagai penyampai kepada manusia yang gilakan kuasa dan ilmu. Qarin sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan asalkan dijamu dengan darah. Ia telah banyak berbakti, membantu Pak Long Jenal mengubati pesakit dan melaksanakan kerja-kerja ilmu hitam. Pak Long Jenal semakin tamak. Dia sanggup menggunakkan Budin dan Eizham. Roh dan mayat menjadi permainan.

Eizham sanggup melakukan apa sahaja asalkan Fisha menjadi miliknya. Eizham mendapatkan bantuan Pak Long Jenal, bapa saudaranya. Pak Long Jenal berjanji akan menjampi minyak dagu itu supaya lebih mujarab dan menyebabkan Fisha tunduk dan patuh kepada Eizham. Kebahagiaan yang mereka cari hanya seketika sahaja. Kehidupan Eizham dan Fisha mula diganggu oleh roh arwah Rokiah. Pendamping Pak Long Jenal juga turut mengganggu kehidupan Eizham dan Fisha.

Namun perjanjian tetap perjanjian, walaupun darah bayaran…

Tuesday, 2 August 2011

Betulkah?~Penulis: Amanda Aniqah (Buku Prima)

Betulkah?~Penulis: Amanda Aniqah
Penerbit: Buku Prima
Harga: MYR18.90
Halaman: 448
ISBN: 978-967-0184-97-5
Tarikh Terbit: 5 Ogos 2011

Sinopsis: Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

Diari Cintaku~ Eina Afrina (Buku Prima)

Diari Cintaku~ Eina Afrina
Penerbit: Buku Prima
Harga: MYR19.90
Halaman: 464 m/s
ISBN: 978-967-0184-98-2
Tarikh Terbit: 5 Ogos 2011

Sinopsis: Bukan keinginan Maizatul menerima Shahril, tapi itulah bukti pengorbanan seorang anak. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam. Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya pada Shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Pun begitu, tiada permusuhan, tiada juga rasa benci membelenggu perkahwinan mereka. Mereka lebih selesa menjalani hidup sebagai teman tapi mesra. Memang kecoh bila suami isteri itu menjadi housemate dan berpura-pura bahagia di hadapan keluarga masing-masing. Bagi Shahril, terlalu sukar meluah cinta di saat jiwa begitu egoistik. Dan Maizatul semakin jauh, jauh dan jauh menanti ungkapan cinta yang tak pasti.

Episod Cinta~Aira Aliff (Buku Prima)

Episod Cinta~Aira Aliff
Penerbit: Buku Prima
Harga: MYR19.90
Halaman: 464
ISBN: 978-967-0184-95-1
Tarikh Terbit: 5 Ogos 2011

Sinopsis: Benarkah cinta mampu wujud di pertemuan pertama? Hareez Riffqal yang menganggap andaian itu hanya sebuah dongeng, mula merasakan kebenarannya setelah bertentang mata dengan Aira Hanna. Kehadiran gadis itu mula menerbitkan rasa aneh di jiwanya. Bagi Aira Hanna pula, kehadiran Hareez Riffqal perlu dielak. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan lelaki kasanova itu. Kenyataannya, mampukah dia berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri sedangkan kata hatinya semakin nyata? Mampukah cinta itu terus dipertahankan andai curiga yang menjadi racunnya?

Trinovel Ogos Serasi Sehati~Nuriz Aida (A21)

Serasi Sehati~Nuriz Aida
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR21.00
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-587-3 

Sinopsis: Demi insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Namun dia ‘teguh’ kerana ada Aiman, sahabatnya di sisi. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta Balqis berbunga untuk Hafizul. Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Mengapa hati mesti berbohong?

Trinovel Ogos Usah Menangis Sayang~ Aini Marisha (A21)

Usah Menangis Sayang~ Aini Marisha
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-692-4 

Sinopsis: ‘Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.’

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

Trinovel Ogos Semerah Inai di Jari~Mila Yusof (A21)

Semerah Inai di Jari~Mila Yusof 
Penerbit: Alaf21
Harga:RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-718-1

Sinopsis: Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.

Trinovel Ogos Sekebun Bunga Cinta~Liyana Zahim (A21)

Sekebun Bunga Cinta~Liyana Zahim
Penerbit: Alaf21
Harga: RM22.00
Halaman: 536
ISBN: 978-983-124-704-4

Sinopsis: Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangatrapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...