Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Monday, 24 October 2011

Setia Hati Merindu~Fateen Najwa (Fajar Pakeer)


Setia Hati Merindu~Fateen Najwa
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-094-1
Harga: RM20.00

Dia amat bersyukur. Hari ini dia sudah punya keluarga walaupun tidak sempurna. Dia punya ibu untuk bermanja. Dia punya anak untuk menumpang kasih. Tidak lama lagi dia akan mendapat menantu pula. Keluarganya akan berkembang, menjadi tambah besar.

“Nur, abang sayang dan cintakan Nur. Abang janji takkan sia-siakan hidup Nur. Seluruh hidup abang adalah untuk Nur.”

Itu janji Aris kepada Nur Sadiqeen. Tapi kemudiannya, hanya sekelumit rasa cinta dan rindu yang mampu Nur Sadiqeen simpan hingga kini. Masa sudah jauh meninggalkan, tapi dia sentiasa mengenang Aris. Sampai bila-bila pun nama lelaki itu akan terukir di hati. Setiap detik yang berlalu, tak pernah dia melupakan.

“Sekarang ni, abang terpaksa bernikah dengan Tengku Syaza…”

Lalu, mengapa rindu tidak mahu hilang daripada hati sanubarinya? Mengapa setia hati terus begitu? Nur Sadiqeen bagaikan masih menanti Aris hadir sekali lagi dalam hidupnya, menjemput dia pulang ke mahligai yang pernah mereka diami suatu masa dulu.

Aku masih isterimu… kau tidak pernah melafazkan talak ke atasku...

Tiada Dua~Nurfaza Alisya (Fajar Pakeer)


Tiada Dua~Nurfaza Alisya
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-093-4
Harga: RM23.00

Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini?

Perlu Kamu~Nia Qurratun'Ain (Fajar Pakeer)


Perlu Kamu~Nia Qurratun'Ain
Penerbit: Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-095-8
Harga: RM19.00

“Bila hati ini berbicara, aku tahu itu kamu. Bila hati ini mendengar, aku tahu itu kamu. Bila hati ini melihat, aku tahu itu kamu. Dan bila aku tahu itu kamu, hati ini mula tersenyum dan sesungguhnya hati ini perlu kamu.”

Pertemuan dengan gadis misteri itu di alam mimpi sudah cukup membuatkan hati Iqram tertanya-tanya. Acapkali ia berulang dan dia jatuh cinta terhadap gadis itu walaupun Natasya berada di sisi.

Takdir menemukan Iqram dengan Insyirah di alam nyata. Hati Iqram mengatakan Insyirah adalah gadis misteri itu. Gadis yang sama di alam mimpinya. Dia percaya Insyirah adalah takdirnya. Namun, setia Insyirah untuk Zafirul. Tidak mungkin untuk lelaki lain.

Satu peristiwa yang tidak diduga berlaku dalam hidup Insyirah. Apa yang menimpa menyebabkan dia melemparkan kebencian terhadap Iqram. Namun, Iqram seboleh mungkin mahu peluang kedua daripada Insyirah. Dia mahu alam mimpi dan realitinya bersatu. Insyirah harus ditawan hatinya.

Apakah akan terjadi? Mampukah Iqram menawan hati Insyirah sekali gus memperoleh peluang kedua yang dia mahukan? Adakah benar Insyirah takdir untuk Iqram? Benarkah Insyirah dan Iqram saling memerlukan?

Friday, 21 October 2011

BUKU PRIMA NOVEMBER 2011 Bersatu Dalam Cinta~AZRA ARYRIESA

BUKU PRIMA NOVEMBER 2011
Bersatu Dalam Cinta ~ AZRA ARYRIESA
Penerbit: Buku Prima
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-12-2
~688 hlm


Setelah kehilangan isteri tercinta, Isma bertemu dengan Damia yang merupakan sepupu kepada arwah isterinya. Raut wajah seiras Kamilia menyebabkan Isma terkenang pada arwah isterinya. Perbezaan sikap dan tingkah Damia berjaya memutikkan cinta Isma terhadap Damia dalam diam.

Sementara Wafi, seorang wanita pendiam pula telah membuatkan Faris, jiran sebelah rumahnya jatuh hati padanya. Namun huluran cintanya disambut dingin.

Manakala, mampukah perbalahan antara Ainul dan Alia pasangan suami isteri yang telah bercerai dipulihkan oleh keluarga mereka? Adakah akhirnya mereka mampu bersatu dalam cinta?

BUKU PRIMA NOVEMBER 2011 Kasih Tak Kesampaian~NIESYA HANIE

BUKU PRIMA NOVEMBER 2011
Kasih Tak Kesampaian ~ NIESYA HANIE
Penerbit: Buku Prima
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-08-5
~448 hlm


Mak Timah terpaksa bekerja keras membesarkan lima orang anak yang masih kecil. Kerana kesempitan hidup, Encik Elias terpaksa keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan. Setelah bertahun-tahun berlalu, Encik Elias muncul semula. Mak Timah diceraikan dan Encik Elias enggan mengakui Nazmi sebagai anak bongsunya.

Sebagai anak sulung, Normah terpaksa mengorbankan masa depannya demi keluarga. Berbekalkan kegigihan, Normah terus meniti kejayaan demi kejayaan. Cinta yang dibina bersama Izzudin terus segar di ingatan biarpun lelaki itu semakin jauh meninggalkannya. Kehadiran semula Encik Elias sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman hidup mereka.

Dapatkah Normah dan adik-adiknya menerima kehadiran Encik Elias? Bagaimanakah reaksi adik bongsunya, Nazmi dan apakah kesudahan cinta Normah?

BUKU PRIMA NOVEMNER 2011 Kembali Padamu~ZULFATI HANIS

BUKU PRIMA NOVEMBER 2011
Kembali Padamu ~ ZULFATI HANIS
Penerbit: Buku Prima
RM 18.90
ISBN: 978-967-0342-07-8
~416 hlm


Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya. Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu.

Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat Hadzwan yang masih setia dengan cintanya.

Tapi kemunculan Rifqy, Khairul Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan. Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan Nora Adline terluka.

Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?

Trio Disember 2011 Buku Prima

Cinta Yang Terlewat ~ ZURIANI MUSTAFFA
Penerbit: Buku Prima
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-14-6
~464 hlm


Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan isteri di saat buah cinta pertama hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya.

Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa, seorang isteri yang teringin bergelar seorang ibu setelah beberapa tahun berkahwin.

Tanpa cinta yang berputik, mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka.


Demi Cinta Ini ~ SYIKIN ZAINAL
Penerbit: Buku Prima
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-13-9
~464 hlm


Myra Malissa Mohd Hakim yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga. Hidupnya menjadi teka-teki apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar.

Myra berjaya dalam misinya tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan menghancurkan kasihnya. Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu menyatukan mereka.

Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra? Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya pada Myra?


Pencuri Cinta ~ AINI EFFARIZA
Penerbit: Buku Prima
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-16-0
~508 hlm


Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu.

Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan.

Sementara Hafi z muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.

Saturday, 15 October 2011

Angel in the Devils's Suit~Kaseh Esmiralda (Kaki Novel)


Angel in the Devils's Suit~Kaseh Esmiralda
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM23.00

Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.

Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy.

Aku, Dia dan [dot] com~Daisy Zahra (Kaki Novel)


Aku, Dia dan [dot] com~Daisy Zahra
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM21.00

Angelberry yang menuntut di UiTM Kedah mula berkenalan dengan seseorang yang bergelar Takuya, yang juga belajar di tempat yang sama. Namun, hanya Angelberry yang mengetahui situasi yang sebenar. Mulai saat itu, Angelberry ingin mengetahui siapakah Takuya yang sebenarnya. Persoalan yang terjawab membuatkan Angelberry berpuas hati tetapi kerana sikap Takuya yang masih berterusan menghubungi Angelberry membuatkan Angelberry mula menyimpan syak wasangka. Ini kerana Takuya sudah pun mempunyai hubungan dengan kawan baik Angelberry sendiri iaitu Fazura.

Persoalan demi persoalan mulai timbul sehingga menemukan Angelberry dengan Mohd. Hakimi. Masingmasing saling memendam rasa sehingga wujudnya sengketa.

Di alam siber, Yutaka pula mucul mencuri perhatian. An-nur yang dikenali di dunia maya juga memberikan semangat dalam kehidupan seharian. Kehadiran jejaka yang bergelar Luqman mungkinkah menjadi satu penawar?

Lalu, bagaimana dengan Takuya? Siapakah dia yang sebenarnya? Dapatkah Angelberry mengetahui siapakah lelaki tersebut? Adakah orang yang sama berkongsi nama dengan Si Yutaka? Dan Mohd. Hakimi masih memendam rasa….

“Kalau dah suka, katakan saja!”

Awak Suka Saya Tak?~Melur Jelita (Karya Seni)


Awak Suka Saya Tak?~Melur Jelita
Penerbit: Karya Seni
Harga: MYR35.00

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Usai Aku Terima Nikahnya~Umie Nadzimah (Karya Seni)


Usai Aku Terima Nikahnya~Umie Nadzimah
Penerbit: Karya Seni
Harga: MYR19.00

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Thursday, 6 October 2011

Akhirnya Aku Kahwin~Herna Diana (Alaf21)

Akhirnya Aku Kahwin~Herna Diana
Penerbit: Alaf21
Harga: RM19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-725-9


Didi - gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Kasih Bersulam Cinta~Rozita Abd Wahab (Alaf21)

Kasih Bersulam Cinta~Rozita Abd Wahab
Penerbit: Alaf21
Harga: RM17.00
Halaman: 448
ISBN: 978-983-124-726-6


Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. ‘Angau.’ Perkataan itu yang disebut oleh Norma. ‘Aku angau? Hah... biar betul!’

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.

Bukan Hanya Sesaat~ Ainul Hazrah (Alaf21)

Bukan Hanya Sesaat~ Ainul Hazrah
Penerbit: Alaf21
Harga: RM21.00
Halaman: 548
ISBN: 978-983-124-727-3


Sinopsis: PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing.Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wa ni ta yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya se saat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.

Satu-satunya Cinta~Hafimi Huzin (Alaf21)

Satu-satunya Cinta~Hafimi Huzin
Penerbit: Alaf21
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-730-3


PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta?

Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?

Tuesday, 4 October 2011

My Love Is Playgirl~Siti Nur Dhuha (Buku Prima)


My Love Is Playgirl~Siti Nur Dhuha
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM25.90
ISBN: 978-967-0342-09-2
~688 hlm

Puteru Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkan Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

Suara Cinta Kita~Erisya Riftha (Buku Prima)


Suara Cinta Kita~Erisya Riftha 
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 25.90 
ISBN: 978-967-0342-05-4 
~688 hlm 

Persengketaan yang terjadi sejak di bangku sekolah membuatkan Nur Iman Raizana melihat Arill Hasiff sebagai musuh utamanya. Ditakdirkan setelah bekerjaya mereka dipertemukan lagi di tempat kerja yang sama. Di sebalik persengketaan yang tercetus, hati Arill Hasiff sebenarnya mencintai Nur Iman Raizana dan cintanya disambut gadis itu. Namun, akibat hutang ayah tirinya, dalam rela dan paksa Nur Iman Raizana harus mengahwini Murad, lelaki yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Dugaan demi dugaan dihadapi Nur Iman Raizana hingga kematian ibunya, Puan Raihana membuatkan dia hilang arah dan menderita. Mampukah kasih Arill Hasiff memulihkan Nur Iman Raizana untuk kembali di sisinya seperti dulu?

Arjuna Mencari Cinta~Adlinz Alexandria (Jemari Seni)




Arjuna Mencari Cinta~Adlinz Alexandria
Penerbit: Jemari Seni
Harga: RM18.00 
ISBN: 978-967-0201-20-7

Susahnya untuk jadi dewasa. Macam-macam kena fikir, itu, ini, dan terlebih-lebih lagi masalah cinta. Cinta pula cinta yang bersegi-segi. Siti Ezrina suka Nejad, tapi Nejad pula suka Vilma Faira. Antara mereka pula ada Nur Dalilah dan Iqram Muslimin. Lalu siapakah yang jadi pilihan Sang Arjuna Mencari Cinta itu!
“Siapa yang suruh kau bercinta? Setahu aku, di sekolah atau universiti pun pelajar tak belajar tentang cinta. Kalaulah cinta itu sangat penting tentu kerajaan akan wujudkan mata pelajaran Cinta.”

“Tapi Nejad dalam bahaya. Faira betul-betul nak rosakkan dia. Aku tak sanggup nak tengok semua ni.”

“Jadi, kau nak buat apa? Kau nak selamatkan Nejad? Kau ingat kau ‘superwoman’? Jangan buang masalah.”

Kalau berani bermain dengan api mesti berani juga tanggung sakitnya kena api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...