Follow us for faster update on what's new and hot!

Cari novel

PERINGATAH BERHEMAH

BORANG PESANAN INI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. SILA BUAT PESANAN JIKA ANDA SERIUS MAHU MEMBELI. BACK-OUT BUYER TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI!

Preview

get this widget here

Tuesday, 22 November 2011

PROMOSI HUJUNG TAHUN NOVEL KAFE

Diskaun 20% untuk tajuk-tajuk berikut:

Koleksi Alaf21/Buku Prima
1. Adam dan Hawa RM19.90 less RM15.90
2. Biar Jadi Kaktus Iffa Zalia RM19.90 less RM15.90
3. Bukan Kerana Sayang Amiza Anaz RM21.00 less RM16.80
4. Cinta Tak Beralih Arah Hezzy Azra RM18.00 less RM14.40
5. Cinta Yang Kurasa Anis Ayuni RM25.00 less RM20.00
6. Diintai Rindu Junie Octavian RM19.90 less RM15.90
7. Hati Bergetar Rindu Dhiya Zafira RM21.00 less RM16.80
8. Hijab Sang Pencinta RAM RM19.90 less RM15.90
9. Jauh Kau Pergi Dhiya Zafira RM19.90 less RM15.90
10. Kasih Yang Suci Meen Zulaikha RM21.00 less RM16.80
11. Kau Sayangku Bikash Nur Idris RM17.00 less RM13.60
12. Nyanyian Syahdu RM19.90 less RM15.90
13. Srikandi vs Arjuna Izza Aripin RM17.00 less RM13.60
14. Tanpamu Aku Rindu Aleeya Aneesa RM19.90 less RM15.90
15. Bukan Salahku Liza Nur RM22.90 less RM18.30
16. Cinta Untukmu Siti Nur Dhuha RM22.90 less RM18.30
17. Cucur Bawang Kopi O Hasrudi Jawawi RM25.90 less RM20.70
18. Hanya Kau Yang Tahu Kamsiah Abu RM19.90 less RM15.90
19. Street Vandetta Mazni Aznita RM19.90 less RM15.90

SEHINGGA STOK MASIH ADA

Monday, 14 November 2011

Sisa Sebuah Cinta~Ian Juliana (Kaki Novel)


Sisa Sebuah Cinta~Ian Juliana
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-89-1
Harga: RM 30.00

Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia memulakan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda?

Kerana Sebuah Janji~Nozi Danisya (Kaki Novel)


Kerana Sebuah Janji~Nozi Danisya
Penerbit: Kaki Novel
ISBN: 978-967-5067-88-4
Harga: RM18.00

Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?

Tuesday, 8 November 2011

Suami Yang Kubenci~E-Man Sufi (Karya Seni)

Suami Yang Kubenci~E-Man Sufi
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM20.00


Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Sungguh Aku Mengerti~Amisha Dania (Karya Seni)

Sungguh Aku Mengerti~Amisha Dania
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM19.00

Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?

Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.

"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?" entah bila masa Danisha Khalida jadi berani begitu, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.

"Ye…betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela…" bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ni. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini…dia teruja betul dengan telatah mereka berdua.

Tuesday, 1 November 2011

Tak Mungkin Dia~Rania Firdaus (Alaf21)


Tak Mungkin Dia~Rania Firdaus
Penerbit: Alaf21
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-732-7

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.

Hati Kala Cinta~Hani Fazuha (Alaf21)


Hati Kala Cinta~Hani Fazuha
Penerbit: Alaf21
Harga: RM22.00
Halaman: 560
ISBN: 978-983-124-717-4

Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez. Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya. ‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’

Detik Debar~Eyman Hykal (Alaf21)


Detik Debar~Eyman Hykal
Penerbit: Alaf21
Harga: RM17.00
Halaman: 448
ISBN: 978-983-124-743-3

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.

31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.

Buat Yang Tersayang~Maya Rasyidah (Alaf21)


Buat Yang Tersayang~Maya Rasyidah
Penerbit: Alaf21
Harga: RM19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-737-2

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira ‘wajib’ berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ‘ditalak’. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk ‘berlakon’ sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

Adamaryam~Xarine (Jemari Seni)


Adamaryam~Xarine
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-74-6
Harga: RM20.00

Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.

Lelaki itu ada segala-galanya – pangkat, rupa, akal, juga digilai ramai gadis kilang. Tapi lelaki yang pernah digelar ‘playboy pencen’ kini akhirnya tersungkur dengan Maryam yang payah diduga hatinya. Bagi Adam, Maryam lain daripada beratus-ratus ‘minah kilang’ Matsushirota Elektronics (M) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang itu.

Siapa Maryam sebenarnya?

Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta; baik dengan Adam mahupun dengan Bani. Maryam menyenangi Bani, juruteknik dari Kelantan yang gila-gila dan sering buat dia tersenyum.

Jeng... jeng... jeng!

... apabila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa mereka semua jadi terancam, Maryam mesti segera buat keputusan. Perlukah dia letak kepercayaan dan cintanya pada Adam?

Kenapa Adam lari? Siapa yang mengancam nyawa mereka? Apakah Code X itu sebenarnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...